Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam... Siapa jodoh kita?
Tuesday , 28 March 2017
You are here: Home >> Bicara Cinta >> Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam… Siapa jodoh kita?
Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam… Siapa jodoh kita?

Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam… Siapa jodoh kita?

Assalamualaikum w.b.t .  . .

Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.

Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti “Bila lagi mahu kahwin?“, “Takkan takde calon lagi“, “Ke awak yang memilih sangat?” dan sebagainya.

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.  Jodoh Menurut Islam

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu “3M”? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan “3M” adalah seperti berikut: Memahami – Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan – Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan – Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.

Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar “Syurga Cinta” tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan “3M” diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

Ingin saya kongsikan 2 jenis Do’a:

Do’a Mencari Jodoh

Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do’a kedua ini:

Do’a Putus Cinta

Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.

Sumber

Tips mencari jodoh, Tips mengenali jodoh menurut cara islam,tips mencari pasangan hidup, Panduan mencari jodoh,  Jodoh Menurut Islam

 

Kata Achie : Kalau dah jodoh,tak kan kemana ^^

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

46 comments

  1. Subhanallah….

  2. assalmualaikum,
    sekarang ini saya dalam dilemma..baru2 ini teman wanita saya telah stalker fb bekas kekasihnya..apabila saya bertanya dia hnya menjawab saja nak tau perkembangan…apabila saya menyoalnya adakah masih mencintai bekas kekasih?kekasih saya tidak dapat menjawab soalan saya..saya tahu,jodoh dan takdir adalah kehendak allah..sekurang2nya tolong berlaku jujur dengan saya..untuk pengetahuan admin,saya seorang yang tidak mudah bergaul dengan wanita..sebab saya takut..takut terjebak ke kancah x sepatutnya

    • walaikumsalam.. terima kasih atas pertanyaan saudara firdaus .apa yang mampu saya katakan , dalam satu perhubungan itu ,kejujuran ,hormati perasaan antara satu sama lain dan kasih sayang itu adalah elemen yang perlu ada. jika salah satu antara itu sudah tiada , pasti setiap perhubungan punya masalah dimasa akan datang .
      apa yang saya boleh katakan, sebaiknya anda berbincang dengan pasangan anda .cari satu ruang dan peluang untuk bertanya ,tapi tanyalah dengan kata-kata yang rendah diri tanpa mudah menyakitkan hatinya . mungkin saudara boleh bertanya jika ia masih mencintai pasangnya , jika masih ada .sebaiknya anda lepaskan saja kerana ia bisa merosakkan perhubungan anda dimasa akan datang.mungkin saudara boleh bertnanya kepadanya dan minta dia buat kata putus tentang perhubungan anda berdoa . saya harap hubungan anda akan menjadi kekal..tQ

  3. salam…masalah sy telah bercinta dengan isteri orang, si isteri sekrang nak tuntut cerai tapi takut si suami tak bagi.. apakah patut saya lakukan dalam masalah ini

    • walaikumsalam saudara.saya sudah menjawab soalan anda disini –> http://wooferstorm.com/apa-hukum-bercinta-dengan-isteri-atau-suami-orang/

      hukum bercinta dengan bini orang adalah haram. boleh bayangkan kalau anda suda berkahwin dan anda juga akan dicurangi .apa perasaan anda ? suka ?tidak bukan .
      satu lagi persoalan saya, anda anda suka pada bini orang dan dia pun suka pada anda dan berlaku curang .. saya nak tahu ,anda pasti dia tidak akan curang pada anda bila anda sudah berkahwin dengan dia kalau suami dia boleh lepaskan dia ? kalau dia boleh curang dengan suaminya,tidak mustahil dia juga boleh curang dengan anda sewaktu bersama dengan anda pula..

      berdosa besar meruntuhkan masjis orang lain.kena ingt tu saudara..

  4. Salam….saya nak tya la…sy ada knl dgn someone nie..itu pun knl dari staff mak sedara sya…dieorg la yg knl2 kn….slma saya knl nya alhamdulillah…saya dapat rasakn yg dia blh dijadikn imam yg baik untuk saya..sya dgn nya jrang berjumpa..if nk jmpa time bwa fmly sya mkn2…cme doa sy supya dijodohkn bersama.itu la pengubat rindu saya utk nya..sya fham dia selalu sibuk…but sometime sya suka pikir bukan2 pasalnya..walaupun sya tahu dia tk curang dia tkkn wt bnda yg tak baik..tetap di fikiran terpikir bnda yg tk elok..mybe di sb kn kisah silam sya dgn bks tunang sy..adkh bnda mcm ni blh rosak perhubungan saya dgn dia???

  5. Assalamualaikum.. Alhamdulillah penulisan yg bermanfaat,

    Di sini saya ingin memohon pendapat dri pihak anda..
    soal jodoh ini adlah pkara yg sangat membimbang dan mengelirukan saya.. saya pernah di khitbah oleh seorang adam yang muda dari saya..kami baru sahaja kenal dan dia mula nyatakan hasratnya untuk menikahi saya..tp sy terpaksa tolak krana sy xyakin dia.. dengan ilmu agamanya dan kemampuannya utk bimbing saya.. tp saya rasa senang hati kerana dia boleh terima kekurangan diri saya..

    • walaikumsalam..

      terima kasih sudi berkongsi pandangan .. pada pandangan saya,saya tertarik dengan lelaki yang terus ingin menikahi anda walaupun baru saja berkenalan . sudh pasti anda tahu bukan bahawa cinta yang indah cinta selepas alam perkahwinan . jadi jngn menolak terus,anda perlu berfikiran terbuka .tidak salah anda menerima cinta orng muda dari anda kerana sejrah terdahulu menyatakan bagaimna baginda sendiri berkahwin dengn orang yg lebih berusia .

      apapun ,jika masih keliru .anda boleh bertnya pendapat dengan orang terdekat dgn anda dan semestinya tundukkan diri,mohon pada pencipta..mulakanlah solat istkhirah ya.semoga diberi petunjuk ..amin

      achie
      -admin wooferstorm.com

  6. assalamualaikum .. maaf ..saya ingin meminta pendapat tuan.. saya telah mengenali seorang wanita ini hampir 2 tahun ..persahabatan kami yang erat ini menimbulkan perasaan cinta dan sayang saya kepada nya .. perasaan malu membuat kan saya takut untuk meluah kan isi hati saya ..dan sampai ke hari ini saya masih mencintai dia dan masih belum meluahkan apa apa .. saya tidak mempunyai pengalaman bercintai .. apa yang harus saya lakukan?..

    • walaikumsalam saudara ..terima kasih memberi komen ,terima kasih atas soalan saudara..

      Tujuan artikel saya ini dibuat adalah lebih kepada untuk mengenal jodoh kita siapa . dan sudah pasti semuanya adalah diatas perancangn Allah ,kita cuma merancang . untuk pengetahuan ,kita sebagai umat islam adalah DILARANG sama sekali untuk bercinta sebelum nikah . jadi persoalan saya kepada saudara ,adakah saudara sudah siap untuk bernikah ?jika anda sudah siap,anda boleh berterus terang dengan sidia ,mungkin ada respon positif dalam perkara ini .tak perlulah bercinta sakan ,kerana ia hanya mengundang padah buat anda. namun jika anda belum siap untuk bernikah ,sila pendam perasaan anda dahulu dan tunggu bila anda sudah bersedia untuk bernikah . namun jika anda kehilangan sidia ,mungkin bukan rezeki anda.. anda seorang lelaki,bagi saya tidak sebab untuk anda menjadi malu .. tunjukkan kelakian anda.. buktikan pada mereka anda adalah gentleman .

      saudara,percayalah kata sy. bercinta selepas nikah itu indah sungguh sebenarnya.tak cuba,macam mana nak tahu kan ??

  7. Asalamualaikum , saya bertanya , kekasih saya selalu cakap “saya tak mahu perempuan yang pernah tidur dgn orang lain ” . Sedangkan masa dulu ,sy pernah berbuat begitu. tapi itu masa silam saya. sekarang , apa yang harus saya buat ?

    • walaikumsalam … ermm benda sudah terjadi ,walaupun zina adalah perkara yang dimurkai Allah .jika anda benar2 sudah bertaubat ,insyallah harus diingati Allah maha pengasih lagi maha penyayang .. benda pertama anda harus buat adalah solat taubat nasuha …kemudian jika anda mempunyai keberanian anda harus jujur kepada sidia bahawa anda punya kisah silam ,jika dia masih sayangkan anda.. insyallah semua akan dipermudahkan ..tapi jika dia juga cuba ambil kesemptan ,sebenarnya dia dengan bekas kekasih anda tiada beza..lebih baik tinggalkan dan cari pasangan yang dapat memahami status anda.. saya lebih suka anda berterus terang dari anda memberitahu selepas anda berkahwin dengan sidia.dikhuatiri anda boleh diceraikan kerana dia mungkin terkejut …
      apapun solat istkhirah adalah the best choice..

  8. mas saya mau nnya, saya pnya psgan dan rencananya qtha mau nkah, tapi akhir2 ini dia berubah..
    kadang saya gak nyaman ama dia..kdg bnyak pria yang mnwarkan cintanya…
    mohon solusinya. thanks.

  9. Sedih tapi Tabah

    Assalamualaikum Encik/Cik Admin, saya ada satu persoalan di sini…

    Saya bertemu dgn seseorang bernama F, boleh dikatakan playboy. Kami berkawan dan bercinta. F datang dari keluarga baik sebenarnya. Saya belum sempat bertemu keluarga F, tapi F ada menyebut tentang saya kepada ibunya dan saya ada menyebut tentang F kepada ibu saya. Menurut sahabat karib F, dia tidak pernah menyebut tentang nama mana2 gadis sebelum ini, dan bahkan, apabila sahabat karib F bertanyakan bila F hendak mula mendirikan rumahtangga dengan saya, F menjawab, insyaAllah tahun ni atau tahun depan. Saya terkejut, dan tentu, dalam diam, gembira. Dia tidak teragak-agak.

    Saya bukan seorang yang baik, bahkan masih belum berhijab, tetapi sedang cuba menjadi baik. Disebabkan saya belajar dan berkerja, kami hanya bertemu 2-3 kali sebulan.

    Lepas 7 bulan kami bersama, F mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan perhubungan dengan saya, kerana menurutnya, dalam islam, tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Tiba-tiba F berubah, dalam tempoh sehari dua. Ganjil. Bahkan, F delete account Instagramnya yang sebelum ni banyak digunakan untuk “follow” gadis2 di Instagram. Ini bukan F bulan lepas, minggu lepas.

    Saya mengadu kepada ibu saya, dan ibu saya telah sms F dengan elok, dan mengucapkan terima kasih kerana tidak membazirkan masa saya lagi. Dan F memohon maaf kepada saya dan kedua-dua ibu bapa saya dalam sms tersebut, dan berkata saya adalah calon terbaik yang pernah beliau jumpa selama ni. Dan selang beberapa minggu, F sms kepada ibu saya bahawa dia merindui saya, dan sangat berharap saya berada dalam keadaan baik dan masih ok. F mengatakan bahawa dia sangat sibuk menghabiskan saki baki pengajian phDnya, dan dalam kesibukan itu, dia masih terfikir tentang saya dan berdoa jika saya jodohnya, dekatkanlah kami, dan sebaliknya.

    Kami tidak lagi berhubung, tapi saya masih ingat pada F, dan saya rasa, dia juga sedikit sebanyak ingat pada saya. Persoalannya, bagaimana, F, seorang playboy dahulunya, boleh berubah secara tiba-tiba dalam masa sehari dua dan terus memutuskan hubungan ini? Adakah semua ini benar? F turut menyuruh saya mula berhijab, dan saya mengatakan saya tiada masalah untuk berhijab, cuma memerlukan sedikit masa, dan sesungguhnya saya masih berharap untuk dibimbing kerana pengetahuan agama saya masih belum mencukupi, dan saya masih ingin belajar tentang agama.

    Saya masih bersedih dan berasa runsing dengan perubahan F yang terlalu drastik. Kami tidak lagi berkomunikasi. Saya tahu sebenarnya F baik, cuma cara dia melaksanakan sesuatu, mungkin agak “keras”, tidak “lembut”.

    Saya berasa tergantung, runsing, kadang2 menangis terfikir adakah kami akan bertemu jodoh lagi setelah tidak berkomunikasi begitu lama, kerana beliau sepatutnya habiskan phDnya tahun ini, dan bekerja mungkin pada tahun 2016. F berusia 28 tahun.

    Buat pengetahun admin, bercinta selepas kahwin merupakan sesuatu yang pernah saya idamkan dan saya pernah berdoa dalam solat supaya kami dijauhkan dari kemaksiatan. Adakah ini bermaksud doa saya termakbul? Tetapi, tiba-tiba saya berasa takut kehilangannya sekiranya kami terus berhenti berkomunikasi.

    Apa komen saudara/saudari admin tentang hal ini? Saya runsing.

  10. Salam…
    Sy ingin bertanya..sy mngenali seseorg itu bru dlm beberapa bulan..trus si dia mngajak sy brkhwin..sy tidk brstju krna sy tdk mngnalinya lg.. sy tlh mmbrithu pda si dia bhwa sy tiada prsaan trhdp si dia, namun dia mngatakan dia tidak kisah krna dia ikhlas mpristrikn sy..katanya prsaan boleh dtg kmudiaan.. dya tlh mnghntar ibubapanya dtg mrisik sy.. sy tidak pasti ape perlu buat.. ibu bapa sy kurang mnyukainya kerana si dia masih muda.. ape perlu sy buat? ape yg boleh sy katakn sy selesa apbila brkenalan dgn dri dia.

  11. Assalaam. Saya berasal dari Penang. Usia sudah agak lanjut, 33. Dulu masa study dip/deg, mak kata kamu habis deg, petik je perempuan datang. Dia nasihati saya supaya jangan bercintan cintun semasa belajar. Saya pun tak bercinta la dengan sesiapa. Tapi bila dah habis study dan kerja, saya sekarang tak jumpa pun. Malah, saya ni dah habiskan bertahun lamanya tidak mencari sesiapa selepas study hinggalah umur 31, barulah saya terhegeh2 nak cari. Lebih mencabar lagi, saya kerja shif malam. Nak jumpa dan cari awek macam mana? Tempat kerja pun ramai cina dan india. Dulu ada kenal sorang single di ofis ni masa mula2 masuk. Pendek cerita, dia ajak saya kahwin. Tapi hati saya pula tak terbuka. Saya terpaksalah putuskan.
    Baru2 ni pula, dikenalkan sorang anak sedara la, adik ipar kepada sepupu saya. Cantik dan bertudung labuh. Tapi rasa tak sesuailah pula atas sebab sikapnya yang ibu bapa saya tak suka.
    Sekarang saya bersendiri. Kawan2 lain semua dah kawin. Saya stranded di pulau Monte Cristo ni. Saya pun tak tahulah sebenanrnya nak tanya apa ^_^ Saja je nak kongsi cerita saya. Saya tidak sedih tapi yakin pada Allah Taala. Tapi, lambat jodoh ni, ada kemungkinan ke disebabkan dosa2 kita lalu? Saya tidaklah ada buat jahat sangat, naouzubillah. Dulu masa saya buat haji, saya ada doa nak gadis arab. Saya berdoa di multazam, pancur emas dan hijir Ismail. Yelah, dah orang kata doalah apa yang hendak. Saya pun doalah. Saya tetap yakin dengan Allah Taala. Tapi adakah ini salah juga?
    Saya pos jelah ini dulu. Sakit jari menaip.
    Ok, Wassalam.

    • wslm..terima kasih berkongsi cerita ya..anda harus terus yakin dngn ALLAH,jika anda punya jodoh,insyallah tidak kemana .nanmun boleh sya tau pulau monte cristo tu dimana??

      pasal doa2 ni,anda berdoa dimana pun kalau ALLH perkenankan ,pasti akan makbul.apatalah lagi kalau berdoa ditempat yang suci seperti mekah.apapun semoga ada jodoh buat anda..amin

    • emm..mgkn anda sdkit cerewet. tp mgkin jodoh anda blm waktunya.

  12. cik yayanienie

    Assalamualaikum, saya ada masaalah . sy tidak tahu samaada lelaki ini suka sy ataupun tidak . Tapi cara dia melayan sy sgt2 lah baik. sehingga sy konfius jgk samaada die ini benar2 suka sy atau tidak . Dia ada bercakap soal2 jodoh dan die sllu mnceritakan ciri2 yg dia inginkan sama serti sy . Jika sy bercerita tentang lelaki lain yg cuba pikat sy , dia akn hanya dgn sbntr then dia akn cuba ubah topik . Sy tkut brtnye pd die samaada die ske sy atau tidak krn prnh dlu die memberitahu die hanya menganggap sy sprti adik nye sdri atau pun kawan . but die tulis dlm konteks ayt “cm ne ekk nk ckp , mybe sy jz aggp awk mcm adik sy or kwn sy kott .. hahahah… nthla” sy sllu perhatikn dgn ayat2 dia sprti trsirat tetapi sy tkut hanya mainan perasaan sy shje .. please tlong sy :)

    • wslm..dalam hal ini hanya anda dapat bantu diri anda sendiri..adalah lebih baik anda bertanya dengan sidia,jika dia punya perasaan dengan anda.jika jawapan bukan.jgn bersedih kerna pasti ada yang lebih baik dari sidia..dan anda boleh jarakkan hubungan dgn sidia kerana dari apa yang saya faham dgn cerita anda..dia sbnrnya lebih kepada membuat anda psiko ..

      tq.arap membantu

  13. Salam sy nk tnye. Sy dgn kekasih sy ni selalu salah faham. Sy ni trlalu kuat cmburu . Dlu wktu kami bercinta beliau belajar jauh dari sy. Semasa beliau bljr dia berkenalan dgn seorg lelaki ni dan membuat dia rse ade hati sebagai alasan dia lelaki tu ade didepan mata dia tklama kemudian lelaki tu tgglkn dia tnpe berita . Wktu tu dia mencari jwapan knp lelaki tu tgglkn tnpe berita seolah olah dia nk thu knp buat mcm tu? Persoalannya adakah dia mseh syg or sbgai nk thu jawapan knp sdgkn dia bgethu tkde hati pada lelaki ni dan aggp sbgai kawan yg ade didepan mata? Kemudian selepas shje kjdian dia berjanji tkkn buat lagi sethun kmudian dia buat balik ttpi wktu tu mmg tkde pape iktan dan wktu pngnalan tu sgt singkat dan dia berasa bersalah wktu tu atas perbuatan dia. Dan dia berjanji tkkb buat lagi. So persoalan nya adakah kekasih sy ni mseh sygkn sy atau berpura pura shje? Wktu kjdian prtama tu yg mnybbkn sy lgsg tkmempercayai dia dan mngglkn dia ttpi hati sy berat sgt nk tgglkn dia dn bge dia peluang. Dia selalu pesan dkt sy “percayalah dkt i yg i tkbuat smue tu lagi kalau you fkir mcm tu takmustahil benda tu akan berlaku lagi” bukan sy tkpcye tpi sy tkut bnde tu berulang lagi ttpi ttp brulang. Dia selalu ckp yg dia hnye ade sy sorg. Adakah salag satu faktor yg sy tkmempercayai beliau sebab tu berlaku lagi? Sy trlalu berat dan sgt susahh nk tgglkn kekasih sy alhmdllah skrg smue dh okayy. Cuma persoalan adakag bnde yg sy tkut tu akan berlaku lagi?

  14. Salam. Sy nk bertanya. Sy ade masalah. Sy dh bertunang. X lame lagi akn mendirikn rumah tangga. Sebelum sy bertunang sy ade menaruh hati kepada rakan sekerja sy. Pada ketika itu, Sy x pasti sama ada rakan sekerja sy juga mempunyai perasaan terhadap sy atau pn x. Dan sekarang rakan sekerja saya telah meluahkn perasaan yg selama ni die sangat suke dan sayang kepada sy. Sy juga mempunyai rasa yg sama seperti die. Saya keliru, buntu. Sama ada ingin meneruskn cinta saya terhadap rakan sekerja sy atau pn bersama dgn tunang sy kerana cinta dan sayang sy pd tunang x sama dgn cinta dn syg sy kpd rakan sekerja sy. Apa yg perlu sy buat skrg.

    • wslm..maaf lambat balas persoalan anda..

      bagi saya ,adalah lebih bagus anda berterus terang dengan tunang anda jika anda merasakan yang rakan sekerja anda adalah pilihan sebenarnya ,sebenarnya anda masih belum terlambat untuk bertindak.dikhuatri jika anda teruskan untuk berkahwin,perkahwinan anda tidak akan bahagia.sudah pasti perkahwinan itu adalah satu perkongsian 2 jiwa tak kisah dari hati mahupun harta benda. jadi jika anda merasakan rakan sekerja anda adalah pilihan terbaik,sila jujur dgn tunang anda.. dan saya harap,pilihan anda tidak salah… jangan lupa solat isthkirah kerana tahukah anda, bahwa ujian bagi orang yang akan ataupun dekat2 nak kawin,dia akan merasakan bahawa ada yang lebih baik dari tunang dia ataupun pasangannya..

  15. Asslamualaikum

    Apakah setiap perasaan cinta itu dari allah? tapi sampai saat in cinta ini hanya saya yg merasakan sedangkan seorang lelaki itu saya tidak mengetahui persaanya bagaimna kah cara menghilangkan perasaan yang menyiksa ini setiap saat saya memikirkan dia

    • walaikumsalam …

      terima kasih atas komen anda.. jangan keliru perasaan cinta yang suci datangnya dari allah dan cinta yang terdorong dengan pujuk
      helah syaitan .. perlu tau cara nak bezakan kedua perasaan itu ,jika anda bukan yang halal buat pasangan anda,adalah haram untuk punya perasaan cinta itu ..kerana ia lebih kearah kemaksiatan minda dan fizikal .. bagi saya tak perlu nak memikirkan perasaan itu jika ia bukan suami anda,maaf cakap ye …

      jika ia sudah menjadi suami anda,anda tak perlu berasa takut kerana sebagai seorang suami sudah pasti dia tahu saat ia melafazkan aku terima nikah itu,sudah pasti dia tahu segala tentang anda adalah merupakan tanggungjawabnya..

      terima kasih .

  16. Assallamuallaikum
    Terimakasih atas jawabanya kak, saya mengerti akan persaan ini.:) allhamdulilah dia belum ber rumah tangga begitupun dgn saya. Insyaallah prasaan ini murni dari tuhan.karna di setiap sujud saya berdo’a memohon yg terbaik darinya.selain ber doa dan berusaha saya yakin jodoh pasti gak kemana sesungguhnya tuhan menganugerah kan indra bagi manusia untuk merasakan setiap nikmat yg di berinyaO:)

  17. Assalam, sy buntu..perkenalan sy dgn bf sudah agak lama. Skrg sy fikir hanya nk kawen sbb faktor umur. Thn ni sy 31. Saya dan bf penah plan tapi xjdi faktor kewangan. Bf sy keje sdri bukan makan gaji. Sy faham. Tpi setiap kali sy ajak kawen alasan xde duit. Tpi ada satu kali dia beli ipad rm1k. Seblm tu saya ada ajak tunang. Alasan dia beli utk buat keje. Sbb kat rumah selalu guna laptop. So klu keluar guna guna ipad keje senang. Bila tgk dia beli kecik hati. Tunang xnk spend duit.pdhk tunang sy nk but paling simple xde pelamin cuma beli cincin dan hantaran 5bekas pastu ajak saudara mara dekat je. Rasenya tak abis rm1k. Di pendekkn cite dia ckp xde duit dan sibuk. Benda ni dah berlarutan sejak beberapa thn. Bila sy ckp hal kwen mesti kitaorg bergaduh. Sy plk jenis xkawan ngn org lain konon setia. Sy cuba faham keadaan dia. Sbb keje sdri dn sy penah ckp kawen xde hantaran pn xpe asalkn kawen. Sy dah xlarat nk idup bujang dan kenal pn lama.Pernah jugak gaduh besar dan sy putus asa. Doa xpenah putus dlm solat mohon petunjuk dan harapa dr Allah. Sy mohon allah buka hati sy kalu sy bukn jodoh dia atau buka hati dia utk percepatkn kawen.tapi dah lama. S tak kan cr lelaki semata2 nk kawen ke atau sunyi..matlamat sy nk kawen dan xnk idup maksiat lg. Setiap thn sy tgu tapi xde harapan pun. Apa perlu sy buat? Sy doa tapi hati sy xkuat utk lari dr semua ni. Bukan sbb xnk idup susah. Masa dia susah sy ajak kawen sbb sy nkrasa susah bersama. Dia kata tgu dia stabil. Tpi skrg mcm da stabil cuma sibuk xyah cakp kalah pm. Kalau sy ckp lebih dia kata sy xsokong dia. Tapi bila da umor 31 tak kan sy kena tgu lg. Knl bkn semlm dan berthn. Salah ke sy paksa dia kawen.kawen bkn mewah pn sy dah ckp buat sederhana je. Tapi dia mcm xnk. Kalau ada pendpt yg bernas dan jln bg la sy jln supaya sy xsilap langkah. Thks

    • wslm..maaf pertama kali jika saya menguris hati anda.. saya bukanlah pakar cinta,atau pakar agama namun nasihat saya adalah sebagai seorang lelaki dan saya anggap anda adalah kak saya.. apa yang boleh saya katakan jika anda tidak melakukan perkara yang bertentangan agama selama ini ,daripada pembacaan saya saya boleh katakan dia adalah lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sudah pasti saya ingin anda mengecapi kebahagian yang anda inginkan .anda boleh membuka hati pada lelaki lain.perlu diingatkan tiada istilah bercinta sebelum nikah dalam islam .jadi sudah pasti anda boleh mencari jejaka diluar sana yang ingin menjadikan anda sebagai isteri mereka..cinta boleh dipupuk ,malahan cinta selepas nikah itu lebih nikmat rasanya..

      persoalannya saya dengan anda,anda nak tunggu beberapa tahun lagi ?seorang lelaki yang benar2 ingin berkahwin dan bersedia untuk berkahwin akan bekerja keras ntuk mencapai matlamat itu dan akan berusaha sebagai mungkin untuk berjimat cermat dalam menguruskan kewangan .. dan pujian bagi anda yang tidak suka bermewah dalam proses perkahwinan .sudah pasti dalam islam perkahwinan yang baik adalah perkahwinan yang murah perbelanjaan perkahwinan.. yang penting adalah akad nikah ,itu sudah lebih cukup dari menungu beberapa tahun untuk mengumpul duit .malahan sudah kawin nanti ada banyak benda lagi nak kena fikir..

      satu lagi,sebagai seorang medical staff. saya syorkan anda berkahwin awal kerana pada usia yang agak lanjut ,anda sebenarnya berisiko tinggi untuk mengandung..

      yang benar datangnya dari ALLAH,yang khilaf lahir dari kesalahan saya sendiri..

  18. Assalamu’alaykum..
    Akh saya mau share sdkit… saya sgt dilema. Sdah 3 thn saya berpacaran dgn lelaki sebut saja si A n akhirny dia ign meminang saya tp smpi skrg saya tdk mantap dgny pdhl si A sgt baik n syg dgn saya n keluarga, tp disisi lain saya jg dah dekat dgn sahabat kakak saya sebut saja si W selama 6th dgn hubungan tanpa status. Dr dulu smpi skrg saya sgt mantap dgn si W & ign mjdi makmum n istrinya, tp setiap saya tyakn bgimana kelanjutan hubungan ni si W hya memberikan alasan yg tdk pasti lg. Dan dah 2 minggu ini saya konsultasi dgn orang pintar (ulama) bwha dia mengatakn klo sdh 1 tahun saya telah dipageri ibunya si A agar saya tdk bs berpindah dgn lelaki lain, & ulama itu jg blg klo jodoh saya sbtulny si W tp suruh sabar ja psti akan dtg utk meminang. Dan skrg saat ini saya lg proses pembersihan agar tdk diganggu oleh ibu si A.. yg saya bingungkn saya haruskah menerima lamaran si A sdgkan saya kurang mantap tetap org tua saya menyuruh sgra saya utk menikah atau menunggu kabar dari si W yg tak ada kepastian tp saya mantap? Syukron akh..m

    • walaikumsalam …

      maaf,sebelum itu sy hendak bertanya siapa ulama yang mengatakan jodoh kamu sudah pasti dengan si W?
      maaf kalau saya salah dalam mengatakan pendapat saya.. jOdoh itu milik ALLAH,sejak azali lagi ALLAH sudah menentukan jodoh ,maut rezeki kita.namun dalam hidup ini perlu ada sifat berusaha apatah lagi anda ingin berkahwin .

      pesan sy mudah,cintailah orang yang mencintai anda daripada anda mencintai orang yang belum tentu cinta pada anda kerana sudah psti hati anda bisa dibentuk sendiri,namun hati orang lain sudah pasti anda tidak tahu bagaimana..

      jangan lupa solat istkhirah untuk mendapat jawapan terbaik..

  19. Assalamualaikum, saya mau sedikit curhat . hubungan saya sudah hampir 3 tahun saya sudah dekat dengan pria saya,sudah saling dekat dengan keluarga,sudah saling tau sifat dan sikap kita masing-masing,sudah tau keegoisan kita, dan sudah tau bagaimana kita menghadapi masalah jika salah satu dari kita egois/marah.nah persoalannya tiba-tiba belakangan ini pria saya mulai tertutup padahal sblmnya kita sudah terbuka dalam hal apapun malah kita sering berbicara kejenjang lebih serius,tapi kenapa sekarang pria saya sering berbohong,malah tertutup dan sering memitnah saya pdhal sebelumnya tdk prnh dia memitnah saya dan selalu bilang kalo saya itu ada hal yang ditutupi atau saya itu selingkuh.padahal saya sudah bilang sejujurnya kalau saya itu tidak ada hal yg ditutupi/selingkuh tapi pria saya masih keukeuh untuk memitnah saya dan akhirnya pacar saya tanpa kabar sampe hari . saya mau minta solusi apa penyebabnya dia seperti itu,pdhal saya sudah introfeksi diri saya, dan bagaimana menghilangkan perasaan saya yg selama ini saya begitu sayang pada pria saya karna jika saya harus seperti ini terus mungkin kedepannya saya bakal menunggu dia tanpa pasti. makasih udah dengerin saya curhat.ditunngu solusinya:D
    aspriyanti recently posted…Panduan Langkah Keselamatan Yang Betul Semasa Gegaran Gempa BumiMy Profile

    • wslm..maaflah saya tak berapa nak faham bahasa yanga anda gunakan?anda menggunakkan bahasa indonesia ya?insyallah ,saya akan cuba untuk memberi jawapan setakat yang saya mampu..

      bila pria anda sudah meninngalkan anda,ada bnyak kemungkinan ia terjadi:-
      1) mungkin dia sudah bosan dengan anda.
      2) dia ada kekasih ataupun mungkin sudah berkahwin atau akan berkahwin dengan perempuan lain.
      3) dia cuma mempermainkan anda..
      4) mungkin dia ada masalah yang mungkin sukar untuk dikongsi bersama anda.

      jadi sekarang ini pilihan ada di tangan anda,jika masih sayang dia sidia,anda boleh mencari dia dan bertanya kenapa dia membuatkan anda sebegitu ataupun paling mudah,lupakan saja lelaki sebegitu yang tidak bertanggungjawab dan mula buka hati anda untuk orang lain..harap dapat membantu..

  20. Assalamu’alaikum w.b.t., saya ingin bertanya. Saya ingin mendapatkan kepastian apa yang saya alami sekarang ini. Saya kenal dengan si dia tidaklah berapa rapat dan lama. Kami belajar di termpat dan kelas yang sama pada masa dahulu. Kini, kami sudah tidak bersama lagi dalam satu kelas yang sama. Sebelum ini dia melayan saya dengan baik dan pernah satu ketika dia menyatakan dia suka pada saya, tetapi gayanya seperti berbisik pada kawan sebelahnya. Saya berasa tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya. Selepas kejadian itu, dia mula layan saya lebih dari sebelumnya. Saya ini jenis yang tidak rapat dengan lelaki sangat. Bila dia tegur, baru saya balas, tapi itupun sedikit. Kawan saya selalu beritahu, itu perasaan syaitan sahaja. Dia main-main tu. Saya pun cuba lupakan. Alhamdulillah saya dapat lupakan, tetapi tiba-tiba teringat dia, datang balik perasaan suka dekat dia. Sebelum ni, saya pernah minat dekat dia, tetapi sedikit sahaja. Selepas saya terdengar dia cakap macam tu, baru perasaannya bertambah sedikit. Hati saya sering kali terdetik, adakah dia ini jodoh saya. Tetapi, entah mengapa. Saya cuba untuk melupakan perasaan ini perlahan-lahan, tetapi ianya kembali juga. Kadang-kadang hati saya pernah juga terdetik, macam berat untuk saya lepaskan perasaan ini. Saya tidak pernah rasa macam ni. Apa yang perlu saya lakukan? Minta pencerahan. Terima kasih. Assalamu’alaikum,

  21. Salam.. Saya telah sampai ke page ni sbb mencari doa supaya dapat jodoh dgn cepat. Saya seorang perempuan berusia 33thn. Saya pernah putus cinta bersama jejaka yg saya sayangkan hingga hari ini. Kami berhubungan selama 7thn tapi dia telah memutuskan atas macam2 alasan. Dia bukan org Melayu tapi sama Islam. Saya masih mengharap yg dia akan berubah fikiran dan terima saya kembali. Walaupun begitu, oleh kerana saya risau tidak akan menikah kerana usia sudah makin lanjut, saya cuba untuk melupakannya dan berkenalan bersama jejaka2 lain, sedangkan hati masih mencintai kekasih lama saya. Adakah ini sbb utama kenapa saya masih belom bertemu jodoh saya? Saya harap dapat diberi doa yg mujarab buat saya melupakan cinta lama saya dan supaya dapat bertemu jejaka baru dan menerimanya dgn ikhlas dan hati terbuka. Atau adakah doa yg boleh buat kekasih lama saya supaya terbuka kembali hatinya pada saya? Doa di atas saya x dapat nk buka atau lihat. Terima kasih

  22. assalam mualaikum semua saudara islam qu aqu nak minta tunjuk ajar kpd yg sudi ….
    aqu sorg llki yg da lama kawin tapi prkawinan kami bkn kemahuhan qu .dan smpai skrng da dkt 8 tahun da kami kawin tape aqu x prna rasa bahagia apa yg patut aqu lakukan tolong beri tunjuk ajar pd yg sudi aqu mohon ….. wassalam ..

  23. Assalamualaikum..

    sy ingin kongsi kisah saya dan mohon pendapat dari anda yang membacanya.. mf jika luahan penulisan ini agak panjang..

    saat nee saya sedang b’kenalan dengan seseorang laki yang umonya muda 3 tahun dari saya.. kami bertegur sapa bermula dari fb.. bersembang untuk lebih mengenali.. baru sehari kami text melalui fb.. esoknya dia berhajat utk berjumpa saya dan menjemput saya dirumah.. bila dah bertemu dan bercakap secara bersemuka sy rasa selesa dengan dia sepertinya saya telah kenal lama dengan dia… dalam pkenalan itu kami masih menjaga batas pergaulan berjumpa ditemani adik saya… yang saya terharu dengan dia.. dia boleh terima kekurangan fizikal saya yang lahir tidak sempurna seperti wanita normal.. dan dia berhajat untuk menghalakan hubungan ini suatu masa nanti..
    Dari segi umur kami memang berbeza sy 24 dia 21.. dan dari aspek pendidikan juga kami memang b’beza saya memegang sijil dploma dan kini bekerja dlm jbtn kerajaan.. dan dia hanya tamatkan pelajaran pada darjah 6 sahaja dek kerana masalah dokumen yang dihadapi pada masa lalu..dia mula bekerja sejak umur dia 14 tahun lagi dan kini bekerja di syarikat swasta.. namun semua perbezaan ini bukanlah suatu ukuran .
    Sebenarnya yg m’buatkan saya t’tarik dengan dia adalah cara tutur kata dan pelakuan nya yang matang itu membuatkan saya yakin dia boleh mbimbing saya ..serta kesungguhan nya dalam pelajari agama yang sedang dalam proses perbaiki diri menarik lagi perhatian saya … sepertinya kami punya
    Namun di sebabkan dia masih tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir .. dia menyatakan seandainya saya sanggup untuk menunggunya sehingga dia benar-benar sedia dia akan menikahi saya.. namun katanya juga, jika saya tidak sanggup untuk menunggu nya dia redha untuk akhirkan semua ni..
    Saya jadi keliru.. sayang sungguh saya pkenalan ni.. ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan seorang laki yang bersifat seperti ini.. rasa keserasian itu ada ..walaupun pada zahirnya kami mpunyai banyak perbezaan..
    Saat ini , saya tidak dapat untuk membuat apa2 keputusan .. hanya tnggu jawapan dalam istikharoh yang saya lakukan… Sama ada saya pergi untuk meninggalkan perkenalan ini.. atau terus menunggu dia sehingga dia menghalalkan hubungan kami..
    Saya pernah bagi tahu dia, bahawa perasaan itu saya tidak akan beri pada dia, tapi hanya kesetiaan yang dapat berikan dalam proses penantian itu. sebab perasaan ini hanya layak untuk bakal suami saya suatu hari nanti..
    Ingat lagi kata dia “ letak harapan itu pada ALLAH , jaga pada saya..” kita hny merancang ALLAH jua yg menentukan.. ikhlaskan dan bertawakalah.

  24. yyyyyyyyyySitudungtweet

    Assalamualaikum..semua orang ada keinginan untuk bercinta kan..Semua org nak dicintai,disayangi dan dirindui..Direct to the point..saya dengan kekasih saya sudah hampir 4 tahun bersama.Banyak pengalaman dan kenangan bersama.Saya mulai kenal dia masa kami sem 3.Sepanjang kenalan banyak yg berlaku.Allah saje yg tahu.Kami sering berjauhan.Memang cinta jarak jauh la.Jarang jumpa.Saya dengan dia pernah putus/lost contact.kami putus sebb dia.Dia mengatakan dia tak nak ada apa2 hubungan.Nak mencari harta/keperluan dulu.Bila dia dah dapat baru lah dia akan cari saya balik.Tapi pada yg sama dia sanggup lepaskan saya bersama org lain supaya saya bahagia.Tapi saya bincang balik dengan dia dan akhirnya kami masih lagi meneruskan hubungan ni sehingga sekarang.Sekarang kami seperti dulu.Tapi saya rasa keliru dengan dia.Adakah dia masih sayang pada saya?Adakah dia jodoh saya?saya tak penah mintak apa2 dari dia.cuma ingin susah senang bersama.Tu sudah cukup bg saya.Dia penah luahkan kepada saya yg dia syg akan saya.Tapi selama ini,ibarat saya lah penyelamat utk hubungan ni terus kekal.Saya sanggup susah payah dengan dia.Tapi saya tertanya tanya adakah dia jodoh saya?dan macam mana ingin mengetahui lelaki itu serius?

  25. Assalamualaikum . Saya ada meminati seorang lelaki iaitu senior saya yg baru beberapa bulan pindah kesini . Dia juga berkawan dengan abang kawan saya yg paling saya rapat . Pada awal dia berpindah . Saya tidak rasa apa-apa sehingga satu hari saya disapa oleh abang kawan saya dan ketika itu dia ada bersama . Dan saya tiba-tiba tersenyum apabila melihat dia . Dia juga membalas senyuman saya itu . Setelah beberapa hari , saya bertemu dengan abang kawan saya dan saya meminta i’d wechat lelaki tersebut . Hari-hari saya stalked dia kerana rindu . Dan pada suatu hari , dia telah menghantar satu chat dan saya merasa amat pelik . Seterusnya saya menanyakan ‘ siapa dia ‘ seolah-olah tidak mengenalinya . Sewaktu itu saya baru pulang ke semenanjung setelah bercuti raya . Dia membalas chat saya ‘ maaf , tersilap send . nak sent dekat kawan tadi ‘ . Terus terlintas dalam fikiran saya . ‘ takkan salah send ? Aku tak pernah chat ngan dia . Mana mungkin aku ada dia chat list dia . Conform temberang ‘ Setelah lama kemudian . Saya asyik terserempak dia walaupun tak pernah bertegur di luar . Pernah dua kali tanpa sengaja saya dan dia bertentangan mata secara mengejut . Adakah dia juga menyukai saya ? Tolong jawab persoalan saya .

  26. Assalamualaikum w.b.t .. First of all, tahniah diatas perkongksian yang bermanfaat ini. May Allah bless you in your life and after , and your effort will be returned with somethg good for you.
    Sy nak minta pendapat admin sedikit. Dulu masa sekolah menengah, sy ad kenal dgn seorang lelaki. Masa tu sy 14 dan dia 15. Dia seorang yg pemalu dan tdk bergaul dgn perempuan. Fisrt day sy pindah dkt sekolah tu, masa sy ting 2. Kami saling terpandang and then berlalu mcm tu saja. 6 bulan lps tu, kwn2 sy dpt tahu yg sy slalu tgk2 dia. Diorg mula menyakat sy dgn lelaki tu. Satu hari tu, kwn dia dtg jmpa sy,katanya ada org bkenan dgn sy tp dia segan sbb sy dtg dr skolah kluster. Sy x kesah sbb sy bkn yg jenis blagak diva. Cuma dlm sekolah,prestasi sy agak mnonjol. Diam2 kami bcinta. Hampir 4 tahun dah. Kdg2 sy rimas bila dia terlalu cemburu. Ya, sy fhm dia x pernah bercinta and dia x biasa. Tp sy agak meluat bila dgn classmate sy pun dia nk jeles. Dia suruh sy memilih.antara dia dan kwn sy. Sy pilih kwn sbb kawan lelaki sy tu mmg sy syg sgt. Dia yg slalu bantu saya.
    Family sy knl dy kekasih sy ni. Dy slalu dtg rumah bila ad apa2 majlis.Sy rapat dgn kakak dia yg sekolah maahad tahfiz. Sampailah one day… Sy t’baca status akak dia di fb. “Dulu kami rapat tp sejak dia knl perempuan dia dah berubah. Nasihat aku sbagai seorg kakak diabaikan” . Sy tahu, ni ad kaitan dgn sy. Lama2, sy ambil kputusan nk undur diri. Yela, sy tanak jd org tengah antara dia dan akak dia. Sy pun x sangka dy akn keluarkan statement mcm tu sbb back then kami okay.Kami jd kurang rapat . Tambahan lg, dia nak ambik SPM. Things went on like usual. Sampailah bila dia dpt result dia pd 2015. Start situ, kitorang renggang. Sy pun jd mcm mls nk reply msg. Yela, sy pulak yg nak SPM masa tu. Dia call sy x pick up. Hampir 8 bulan dia msg n call x henti2 tp sy x pnh react. Sy x fhm dgn perasaan sy sndri. Slowly sy rasa perasaan sy pd dy fade away. Sampailah birthday sy pd 4 ogos 2015, handset sy hilang. Sy xthu . 3 tahun kbelakangan ni, dia x pernah miss wish birthday sy. Ramai kwn2 ckp sy kejam . I know that tp sy x thu nk buat ap.
    Pernah suatu hari dia sampaikan pesanan pd kwn sy. Dia ckp sy dah ada org lain sbb tu sy x layan dia. In fact, sy xde org lain. Sy dah penat. Dia tuduh sy bcinta dgn kwn lelaki sy tu. Sampailah hubungan sy dgn kwn lelaki sy tu jd renggang. Sy rasa teruk sgt.
    Sy nak tnya admin. Adkah ap yg sy buat tu kejam? Adkah sy akn dpt suami yg akn melayan sy mcm mna sy melayan dia? Sy cuma nak bercinta selepas kawin nanti memandangkan sy masih muda. I’m just 18 .. And I want someone yg fhm sy. Bkn cmburu buta. Bg sy, kekasih sy tu blum matang utk bfikir mna ok dan x ok.

    • wasalam..maaf lmbt balik..senang saya nak rumuskan kat sini.. tinggalkan dia,andai benar dia jodoh anda lari kemana pun dia tetap akan jadi yang SAH buat anda .jauhi cinta seblum nikah ye dik..umur awk pun masih muda lagi tu,umur saya macam awk saya masih sibuk nak belajar.even umur saya skrg 28 tahun saya masih belum kawin.. fokus dulu pada study dan gembirkan kdua ibubapa anda..selamat berjaya..

  27. Assalamualaikum…
    saya buntu dengan hubungan ini…cinta jarak jauh…saya ada berkawan dengan sorangan laki tapi dia sudah bagi harapan ingin berkahwin..saya berharap dia memang sayang kan sya..masa berkawan dia ada post gambar kami berdua..dalam gambar tu ada seorang perempuan komen”tu gf awak ke”..dia balas “yup tu gf saya”…selepas sebulan dia berubah layanan pada saya…saya pn agak pelik sebab dia tidak pernah layan saya begitu teruk…saya call dia marah…saya senyap kn diri dia pn mara…saya x faham keadaan dia yg berubah2…dia pulang ke kampung dan mama dia perasan yg dia berubah..mama dia bawak dia berubat dengan ustaz…dan ustaz cakap ada orang lain x suka dengan hubungan kita dia benci dengan orang yang dia sayang..dalam masa yang sama tubuh badan dia sakit2…kalau kami berjumpa dia banyak senyap kn diri tidak bbual dengan sya…sekarang sya senyap kn diri untuk tidak berhubung dengan dia…sya tidak tahu penghujung hubungan kami berdua..
    Apa pendapat admin apa harus sya lakukan dengan hubungan kami..
    TQ….

  28. Salam.

    First of all, just nk ckp yg terima kasih atas post yg bermanfaat ni walaupun saya sendiri pun xtau mcm mana boleh end up kt sini. Dah lama tak baca blog. Huhu.

    Okay. Straight to my story, saya supposely takde la masalah pun psl ni. Erm. Maksud saya, i dont really in love with someone or in any relationship. Cuma saya ada sorang kawan baik laki yg saya kenal sejak tahun 2007, mula rapat masa akhir tahun 2009 sampai la sekarang, 2016. Dr umur kami 15 tahun sampai sekarang, 22 tahun. At first, kami rapat sbb dia in relationship with my friend. Startingnya saya jf org tengah penyelesai masalah dlm hubungan depa. Sedar2 je, dah sgt rapat yg boleh kata hari2 mesej and we share everything about our daily life. Tp mmg masa tu langsung xdak rasa sayang more than friend.

    It’s not a problem actually. Cuma bila dia putus cinta dgn kwn saya, kami masih lg in contact. Yg peliknya, if anything bad happened to him, i too will be affected. Saya jenis yg kasar dan susah nk nangis. Tp, saya tak tau brp byk kali dh air mata saya tumpah for him. Like he’s already become part of myself.

    Go forward, since 2014, dia mula rapat dgn seorang perempuan nama yg hampir sama dgn saya dan nama panggilan dia sebijik mcm nama panggilan saya di rumah. Mulanya ingat dia reka citer but turns out that it is true. Dan dorang jd kwn rapat until now. Seoanjang tempoh tu, tipu la kalau saya ckp saya tak rasa pape. I was jealous of her. Tak tau sbb apa. But i was jealous. Sampai pernah saya tak contact dan putuskan kawan dgn kwn saya tu selama berbulan2. Tapi tak pernah jd selama2nya. I will always come back to him and we both act like nothing happened between us. Saya tau dia treasure saya sbgai seorang kawan (or that’s what i think).

    Anyway, fast forward again. Tahun lepas, saya tak tau apa jd kat diri saya. But i started to think that I love him more than just a special friend. Sejujurnya mmg dia istimewa di hati saya. Yg mana saya sendiri pun xtau kenapa. But he is. Dan surprisingly, due to my personality yg suka terus terang dan luah apa yg saya rasa (sbb taknak serabut kepala), i told him that i love him. But he never took it seriously. First try, i failed. I tried again. And failed again. Saya fail dapatkan kata putus dr dia. Fail dptkan jawapan apa yg dia fikir tentang saya. And during my third try, saya cakap kalau dia tak amik serius dan tak jawab betul2, saya akan tinggalkan dia dgn hidup dia dan buang dia completely dr hidup saya. Ye la. Sapa tak sakit hati bila kita confess, org tu buat main2, dan tak bagi exact answer mcm yes ke no ke atau ckp je yg saya ni dia dh anggap mcm kawan semata2. I can accept it. Dan tak sakit pun kalau dia jwb mcm tu. Lagi sakit bila dia tak jawab dan mengelat.

    So then, we broke our friendship just like that. Haha. Tp bulan lepas i came into contact with him again. Sbb nya, tetiba mimpi psl dia and i was worried. So i asked him. Tak sangka yg boleh jd kwn balik until now (maybe sbb perasaan saya pun dh reda masa tu). Dan tetiba saya dpt tau yg dia nak serius dgn kwn dia yg sama nama dgn saya tu. Tapi saya tak amik hati sbb saya dh anggap yg saya ni dah move on. Saya bg nasihat kt dia like usual.

    Like i said, it’s not a problem. Cuma… Kadang saya confuse. Kenapa saya tak leh lari dari dia? Kenapa kadang tu saya rasa mcm he is the one, yg mana sbb rasa ni la saya ingat saya suka dia dan confessed kt dia. Kenapa jgk saya selalu rasa mcm there is a string that attach and connect us together? When in realiti, he’s getting far and far from me? Saya terima seadanya keputusan dia. Dan mmg dh lama dh move on. Tapi kdg, jauh dlm hati, saya masih berharao utk dia consider perasaan saya dan at least tell me the truth about his feeling towards me. Salah ke kalau saya berharap mcm tu?

    Tbh, saya tau saya takde harapan dgn dia sbb saya bkn org yg cantik. Saya jugak faham kenapa dia tak suka saya. Saya jugak faham kenapa dia berkeras taknak luah perasaan sebenar dia kat saya walaupun sepanjang kami kawan, there were some times when he showed that he treasured me. Sbb saya mmg tak layak utk dia. Tapi tu la. Rasa dlm hati tu takleh nk hilang mcm tu je. Cause i really love him as the way he is. Huhu.

    Now, i have the feeling that he will be gone forever and out of my reach walaupun saya mmg nak sgt2 dia ada di sisi saya forever sbb dia la sumber kekuatan saya selama ni. Cause i am a lone wolf. Dah buntu nak buat mcm mana lg nak bg dia fhm. Tp at the same time, what’s there for him to understand at the first place? Huhu.

    Tq for reading this longeat comment. Kalau ada nak komen apa2 psl ni, silakam komen. I really need something that can make me understand how this guy actually think. Hee :D

    Regards,
    Afifah
    Afifah Nabilah recently posted…newpost testMy Profile

    • wslm..lama baru nak jawap.pendek cerita mcm ini je.kalau benar dia bukan jodoh anda tak perlu berharap sangat ..mcm mana pun awk kejar bila dah termaktub jodoh dia untuk orang lain.. dah boleh lupakan sebenarnya. then kalau betul pun dia jodoh awk.nasihat saya , cepat2 suh dia masuk minang..takut benda tak baik berlaku..maaf jika kita saya tak menyenangkan anda..

  29. Sye selalu pesan pada diri, selagi jantung xberdegup laju bile berdepan dgn seseorng lelaki maknanye dye buka sesiapa bgi sye, prnah ade lelaki yg nk sye, tpi sye tolak sbb hati sye ni xbrdgup laju bile brdepan dgn dye, kkwan sye plk ckp sye ni seorng yg memilih sngt, sbb tu blom ade psngan hidup.. nk buat mcm mne kn klau perasaan tu kosong..mcm yg admin jgak ckp ‘jodoh drpd Allah dari mata turun ke jiwa’ adekah cara sye nii silap soal hati n perasaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast