Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Personal >> Tips membeli Tiket Air Asia Yang Murah
Tips membeli Tiket Air Asia Yang Murah

Tips membeli Tiket Air Asia Yang Murah

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Tips membeli tiket Air Asia yang murah

Siapa dekat sini yang suka travel? ataupun dalam istilah bahasa melayu ,Melancong .. ada sesiapa antara korang yang suka melancong?Mesti semua orang suka melancong,macam juga Achie. Keinginan untuk melancong itu ada sentiasa ,namun peluang dan ruang itu sendiri yang membataskan untuk Achie pergi melancong , Niat dihati nak melancong keluar negara, dah mengidam macam ibu mengandung gamaknya. Achie teringin sebenarnya nak ke tempat-tempat sejuk seperti korea , Jepun , Australia dan New York.. Tak tahu boleh pergi atau tidak ni, ataupun mungkin hanya sekadar angan-angan saja.. Apapun usaha tangga kejayaan, mungkin ruang itu ada selagi kita pandai merebut peluang.. Amin,semoga dapat pergi satu hari nanti dengan peneman hidup.. cehwahhh

Apapun sebenarnya melancong ini kalau kena pada caranya,kita mungkin tidak mendapat masalah besar asalkan kita tahu akan caranya.. sebagai contoh,andai korang mahu pergi ke New York, kalau ada rakan mahupun keluarga tinggal disini, bukankah itu satu penjimatan tempat tinggal.tidak perlu menyewa untuk penginapan disana,silap-silap hari bulan korang hanya perlu membayar duit tiket kapal terbang..manatau korang boleh dapat makan free kalau ada rakan mahupun keluarga di tempat korang ingin melancong. siapa tahu?hehe

Ok lah,berbalik kepada tajuk entry, Tips membeli tiket Air Asia yang murah .sebenarnya ini mempengaruhi perjalanan kita ke sesuatu tempat itu.. andai kata kita boleh mendapatkan tiket kapal terbang yang murah. bukankah itu satu penjimatan yang bagus? bukankah duit penjimatan itu boleh disimpan ataupun digunakan untuk tujuan lain semasa percutian korang..tanpa membuang masa,Achie nak sharelah sikit pasal tips untuk membeli tiket kapal terbang Air Asia at rm0 untuk tiket pergi ke tempat pelancongan orang..jangan nak buat-buat terkejut,memang Air Asia sentiasa membuat kejutan buat pelanggan dia..hehee kalau korang nak beli lagi awal daripada itu pun okey,manatau ada yang dapat lagi murah…

Tips membeli tiket Air Asia yang murah

  1. Beli tiket Air Asia pada route baru diumumkan oleh pihak Air Asia. tak faham? biasanya  Air Asia ada membuat tawaran tiket rm0 untuk Ahli Big Mereka, jadi pastikan korang adalah Ahli Big Air Asia ya..
  2. Kalau boleh tetapkan masa perjalanan korang bukan diwaktu yang sibuk seperti jumat ,sabtu dan ahad. kerana dimasa itu banyak orang akan pergi melancong terutamanya yang bekerja diwaktu pejabat..korang mungkin boleh pergi pada hari isnin hingga ke jumaat.. nak murah der,kenalah pandai berkorban sikit..hehe  nak pergi waktu public holiday ( Jumaat,Sabtu dan Ahad ) juga? boleh,tapi dengan syarat korang ikut step 1 yang achie beri.. mungkin ada nasib korang dapat tiket promo..
  3. Daftar menjadi Ahli Big Air Asia, tujuan nak daftar jadi ahli Big Air Asia ?korang boleh dapat harga murah serendah rm0 tahu.tak cuba manatau tahu kan?try daftar..tak tahu nak dapat macam mana? nanti Achie tunjukkan di entry seterusnya..
  4. Korang kena mengkaji sedikit high season destinasi percutian korang itu. kenapa nak kena kaji? sebab kalau ada event yang besar mahupun festival,bukankah korang punya banyak saingan untuk mendapatkan tiket Air Asia yang murah. Dan juga korang juga mungkin mendapat tiket Air Asia yang mahal kerana kemungkinan pihak Air Asia memberi harga yang lebih tinggi untuk mengaut sedikit keuntungan mereka.. siapa dekat dunia yang buka bisnes tak nak untung der??
  5. Korang kena guna online. korang kena buat semunya lebih bagus dengan online.sebab apa? nak beli terus ke kaunter tiket memang mahal..Achie dah pernah kena,jadi jangan nak mengada nak beli tiket murah tapi beli dekat kaunter.beli online lagi best,goyang kaki dekat rumah tapi boleh beli tiket dengan mudah dan pantas..boleh guna Kad Kredit dan Kad Debit. Achie cadangkan korang beli guna Kad Debit,sebab menggunakan Kad Kredit adalah salah satu pembaziran kerana korang mungkin dikenakan cas yang agak tinggi . Dan satu lagi tips, korang kena beli tiket pada waktu tengah malam sekitar 1 pagi hingga pukul 5 pagi.kenapa? try tengok sendiri perbezaan harga dia ok..

oklah setakat ini sajalah achie nak share dengan korang.kalau ada pertanyaan boleh tanya diruangan komen ataupun terus ke wooferstorm[at]gmail.com .kalau achie boleh jawap,achie jawap ye.. bye

 

Kata Achie : Teringin nak pergi Umrah..ermm Amin

 

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

2 comments

  1. kadang-kadang airasia ni ada juga buat harga murah tanpa promosi. tetiba cek harga murah tapi tak ada promosi. pelik jugak tu
    siti travelog recently posted…#5 Cappadocia | Uçhisar CastleMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast