Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Download >> Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015
Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015

Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015

Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015

Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini
merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2011 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan pengambilan 2011 dijadualkan akan bermula pada bulan Jun ini.

Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.

Bidang Latihan Kursus

Berikut adalah senarai bidang latihan kursus yang ditawarkan. Jangkamasa program latihan sepenuh masa ini adalah antara 3 – 24 bulan.

Senibina
  • Industrial Maintenance
  • Building Maintenance
  • Seni Landskap dan Taman
Mekanikal
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Mekanik Industri
  • Tool and Die Technology
Pengangkutan
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
  • Teknologi Motosikal
  • Penyelenggaraan Enjin Marin
  • Pemasangan Gas Asli Kenderaan
  • Pemanduan Kenderaan Perdagangan
  • Juruteknik Servis Tayar
Pembuatan
  • Teknologi Perabot dan Rekaan Dalaman
  • Composit Technology
  • Boat Building and Repair
  • Teknologi Foundri
Elektrikal
  • Pendawai Elektrik
  • Penjaga Jentera Elektrik (AO/A1)
  • Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Komputer Dan IT
  • Teknologi Sistem Komputer
  • Multimedia Design and Production
  • Graphic Design and Advertising
  • Teknologi Animasi
Elektronik / Mekatronik
  • Teknologi Elektronik Audio Visual
  • Elektronik Industri
Fabrik
  • Fashion and Dressmaking
  • Hiasan Dalaman
  • Master Cutter
Percetakan
  • Teknologi Percetakan
  • Dekstop Publishing Artist
  • Teknologi Fotografi
Kulinari
  • Masakan dan Pramusaji
  • Confectionary and Bakery
Hairdressing And Cosmetology
  • Seni Reka Gaya Rambut
  • Solekan dan Terapi Kecantikan
Hospitaliti
  • Child Care and Family Services
  • Holistic and Wellness SPA

Kursus-kursus latihan di atas tidak semestinya dijalankan di setiap Pusat GIATMARA. Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015                                                                               Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA Sesi 2014/2015                                                                                     Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Program Latihan 1 Malaysia

  • Pihak GIATMARA juga menawarkan Program Latihan 1 Malaysia iaitu latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan.
  • Sila rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat lanjut.

Maklumat

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA.
  • Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan Kemahiran Sepenuh Masa.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA 2014 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
    • Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
      Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
      21 Jalan Raja Laut
      50609 Kuala Lumpur
      Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
      Fax : 03 2691 0249
      e-mail : pel@giatmara.edu.my

Sumber

 

Kata Achie : selamat mencuba ~

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

67 comments

  1. nak tanya , adakah asrama disediakan ?

    • ya.. asrama untuk masuk ke giatmara disediakan pada yang layak .namun bergantung kepada kekosongn di cawangan giatmara itu..

      untuk lebih detail boleh rujuk dengan Giatmara yang berdekatan..

  2. Salam . nak tanye . kalau macam adek sy yg xmgmbil spm boleh x dy mohon kursus giatmara ni?

    • untuk yang tiada spm,syarat minumun mestilah mempunyai spm result .tapi anda boleh membuat pertanyaan di cawangan giatmara yang terdekat untuk info lebih lanjut..

  3. Tapi mcm mane pulak yg berumur 15 tahun boleh mengikuti kursus kemahiran ni?dan tidak sekolah tapi diterima ? So sebenarnya syarat mmg kne ade spm??????sy agak runsing.

    • SPM tak diperlukan. Kalau ade SPM, xpayah masuk giat, dah boleh apply tempat lain. Ini khas untuk mereka yang tercicir dalam bidang teori so banyak amali kat giatmara. Moral of the story, SPM TAK DIPERLUKAN.

  4. Jamnah binti Mat

    ASKM….Saya akan tamat perkhidmatan tentera pada 14 Jan 2017. saya berminat untuk mengambil kursus membuat roti/kek/pasteri. Saya bercadang untuk menjelani latihan peralihan di Giat mara selama 6/12 bulan di mana saya boleh sertai

  5. assalammualaikum..
    saya nak tanya kalau saya ambil part time dalam kursus kulinari… berapa lama saya akan habis kursus tersebut..

  6. saya berminat dalam fotografi, kusus yg mana sesuai…n yuran macam mana ye untuk sepenuh mASA

  7. Asrama disediakan..mkan n mnum plak cmner..adakah sdri or disediakan or akn dptong elaun yg rm200 tu..

  8. nk tnye ..untk permhonan bg tahun 2016 pelajar berumur 15 boleh mohon ke?mohon penjelasan

  9. Tak phm senanye. Tulis situ sekurang kurangye 15 kan? So kali 15 boleh msk lha kan?

  10. norhayati madiyoh

    Slmt mlm..Sy berminat dgn kursus bahagian it/computer..Sy sebenarnya sngt berminat untuk belajr tentang it/teknologi computer dgn lebih dlm lagi..bila ka Sy boleh memohon? Sy lepasan spm 2014..result agak baik..tpi blm dot tawaran yg sesuai..kiranya mau ambil kursus nii..lokasi
    D mana?

  11. Tumpang tanya. Klau. Nk mbil kursus. Utk partime boleh x

  12. salam, saya nak tahu lokasi giatmara di kl dan kursus ye sekali.. untuk tahun 2016 .. umur saya 16 tahun depan 17…

  13. Salam…saya nak tnye.. Macam Adik saya dia penduduk tetap.. Boleh me dia mengikuti kursus di giatmara?

  14. Assalam,
    Saya dah ambil borang di francais giatmara n dia cakap saya kena hantar sendir ke giatmara yang saya nak pergi… saya nak ambil untuk sesi tahun depan… bila selambat2nya saya kena hantar permohononan? Dan if saya buat permohonan online, saya tak perlu hantar borang permohonan ke pusat giatmara yang saya nak pergi ke? Bagaimana dengan pendaftaran dan yuran? Dan ada temuduga, ataupun, saya akan automatik terpilih selepas hantar borang?

  15. Assalamualaikum sye nk tanye bole x lpasan spm masuk.sye cma ad result pmr jer sbb thun lps sye skolah agama and x ad result spm..sye minat dalam bidang computer..sila beri penjelasan..

  16. Saya dah ambil borang di francais giatmara n dia cakap saya kena hantar sendir ke giatmara yang saya nak pergi… saya nak ambil untuk sesi tahun depan… bila selambat2nya saya kena hantar permohononan? Dan if saya buat permohonan online, saya tak perlu hantar borang permohonan ke pusat giatmara yang saya nak pergi ke? Bagaimana dengan pendaftaran dan yuran? Dan ada temuduga, ataupun, saya akan automatik terpilih selepas hantar borang?

  17. Kalau umur 17.. tapi dia tak ada spm.. boleh mohon ke? Sbb dia x amik spm sbb dia ad sambung kemahiran ttg injection moulding.. dia sehingga tahap satu saja.. dia tidak amik spm.. kalau mcm tu boleh mohon x giatmara ni?

  18. Bro.. syarat kemasukan kena ada spm atau umur 15 tahun dh boleh apply. Confuse la. Tolong confirmkan..thanks

  19. 15 y/o boleh apply x ?

  20. Saye form4 sekarang . Kalau saye mohon masuk boleh ke ?

  21. Salam,saya ada terbaca ‘elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa’.Kiranya giatmara nie ada yang secara part time ke ?

  22. bila permohonan utk 2016 dibuka

  23. Selamat malaM saya mahu tanya nama kemasukan pada tahu 2016 di mana mahu cek nama dia ..sory mengangu..

  24. Assalamualaikum .. Maaf , setiap kursus yg diambil ada di setiap giatmara atau hanya di negeri2 tertentu ?

    Macam mana pula dgn kursus Teknologi Motorsikal ?

    Saya menetap di gelang patah , adakah Giat Mara di Gelang Patah menawarkan kursus tersebut ?

  25. Hai nak tanya sya student form 5 tahun 2015 ..
    Sya bminat nk msuk ke giatmara . bila boleh sya mendaftar masuk ke giatmara bg tahun 2016?

  26. Salam..sy nk bertanya.sy umo 26..sy ingin memohon kursus electrical..sy ade pmr shj..bole ke sy memohon kursus ini di giat mara??

  27. maaf menggangu…
    pendaftaran giatmara di batu pahat bila di buka ya??

  28. assalam…nk tnye kalo sparuh mase dpt elaun x??kalo dpt brape ye??

  29. Salam…kalau nk apply course separuh masa….brp lama hbs course? Kls brp hr smggu…hari sabtu ahad….atau (1hr)sabtu atau ahad shj…

  30. salam…adik saya berumur 16 tahun pada 2016 nnt.. adakah dia layak untuk memohon?? untuk makluman.. adik sy tidak bersekolah…

  31. Macam mana kerajaan nak kurang kan pengangguran kalau syarat masuk ke
    Pusat latihan terlampau ketat.. bodoh.. cubalag bagi peluang kepada mereka yang tak ada pelajar atau tercicir.. bodohnya semupusat pengajian seluruh malysia nie

  32. assalamulaikum bolah x saya mohon masuk kt giat mara yang baru lepas ambk result pt3?? mohon jelas kan

  33. Semasa temuduga soalan susah ke???pakai baju apa ye?

  34. salam nak tanya..if pemohon sudah ada diploma tapi dlm bidang lain adakah dia masih layak utk memohon kemasukan d giatmara?

  35. Ada dak kursus part time utk kursus solekan dan terapikecantikan.kalu ada di giat mara mana.t kasih

  36. Assalam..
    Saya berminat dalam bidang kulinari, bila ada pengambilan untuk kursus ni. Bagaimna cara nak memohon. Saya lepasan SPM dari Labuan….Terima Kasih.

  37. Assalamualaikum….cik kalau sy dh ad sijil vikasional dalam bidang lanskap adakah sama course seni lanskap dengan lanskap yg sy belajar di sekolah dahulu…..berapa lamakah masa yang di ambil dalam course seni lanskap dan taman?dan soalan terakhir adakah lepasan giatmara dalam course seni lanskap dan taman dapat menyambung pelajar ke peringkat lebih tinggi…..Sekian

  38. Helo.. nak tanya sikit.. kalau kita dah ambil satu bidang dan selesai dgn bidang tersebut..adakah kita boleh memohon masuk lagi untuk mengambil bidang yg lain di giatamara… ?

  39. Assalamualaikum.. saya dah isi borang permohonan untuk masuk ke giatmara… lepas tu saya nak tahu macam mana kalau saya ni layak ke tidak? Adakah surat akan sampai ke rumah saya atau melalui emel sahaja?

  40. Slm..saya nak tya…cousin bru tingkatn 3 tapi sudh berhenti….boleh dak dia nk mintk giat mara walaupun tarikh lahir belum sampai…

  41. kalau sijil berhenti sekolah hilang blh masuk ke giat mara?

  42. assalam…sy berminat ingin mengikuti kurusu solekan dan terapi kecantikan….nak tau jugak had umur maksima utk mengikuti kursus yg ditawarkan oleh pihak giatmara….

  43. sekiranya kita tiada kelulusan pt3 atau spm boleh kita memohon??

  44. Nk tnya sikit blh..Umr sya 16 dan sya sngt brminat untk msuk giatmara dan mngambil bdang komputer ttapi sya ggal math dlm kputusan pt3..ada ka sya Mc lyak untk mmohon..atau msuk ke giatmara

  45. Saya nak tanya kursus jahitan berbayar ke tidak sebab saya amat minat dengan kursus jahitan .kalau ade pengambilan lgi tlg email sya .saya asal kota kinabalu sabah

  46. Tolong email saya ya sitisalmah9514@gmail.com saya amat suka kursus jahitan

  47. Pengangkutan macam mana

  48. Nk tnye kalau lepas ambik pt3 2016 tahun dpan boleh tak masuk kt giatmara ni???

  49. Assalamualaikum saya nak masuk ke giatmara kemahiran menjahit masih boleh lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast