Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Informasi >> Siapa Pakar Seo Malaysia
Siapa Pakar Seo Malaysia

Siapa Pakar Seo Malaysia

Siapa Pakar Seo Malaysia

Bunyi nampak gempak sebenarnya kan ? siapa pakar seo Malaysia .Memang diakui bahawa terlalu ramai blogger yang telah wujud diwaktu kini ,malahan ada yang baru saja mewujudkan blog mereka akan tetapi terlebih advance sehingga meninggalkan blog saya terkapai-kapai kebelakang sana. blog saya yang kini tinggal kenangan semakin jauh kebelakang pada ranking Alexa. memang sedih sebenarnya apabila saya pada waktu dulu yang agak aktif berblog sehingga saya mengambil keputusan untuk bertukar ke WordPress disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang penulisan alam maya ini.

Namun disebabkan kekangan masa yang membataskan membuatkan saya tidak dapat fokus pada bidang bloggging semata-mata, akhirnya hasil yang saya dapat hanyalah tinggalkan kenangan.. Pencapaian terbaik saya dalam ranking Alexa pun sudah terkubur begitu saja, Dan kini saya tidak mampu sebenarnya untuk kembali aktif sepenuhnya disebabkan banyak faktor kekangan .

Pakar Seo Malaysia ? memang diakui terlalu ramai pakar Seo malaysia yang handal-handal belaka, ramai blogger walaupun menggunakan latar belakang blogspot tapi mampu menandingi pengguna wordpress seperti saya. saya yang sebelum ini yang agak rajin untuk berblogwalking selalu bertegur sapa dengan blogger hebat seperti Pendekar Berkuda yang berurl www.pendekarberkuda.org dan blogger lain yang saya sudah lupa nama mereka . *kes dah tua nyanyuk

Siapa dia Pemilik hasrulhassan.com ? Saya yang pada waktu dahulu rajin singgah ke blog beliau tahu bahawa beliau ini pada masa dahulu yang gemar menggunakkan seni bermain Seo menyebabkan blog beliau kini boleh saya katakan sebagai pakar permainan Seo di Malaysia secara khususnya . Ini adalah pendapat peribadi saya semata-mata ,bukan atas dasar desakan pihak lain. Saya memilih beliau sebagai Pakar Seo Malaysia kerana salah satunya blog beliau yang pada masa entry ini dibuat berada dirank 159 di negara kita , malaysia dan ke 26,223 di Dunia mengikut laman web ALexa . boleh diibaratkan beza antara langit dan bumi berbanding blog saya yang tidak mempunyai langsung rank di Malaysia pada waktu ini .sunggu memilukan sekali bukan ?

Saya harap ramai blogger dapat mencontohi cara beliau yang rajin dalam mempelajari ilmu seo. from hero to zero bak kata omputih .hehee apapun bermainlah Seo dengan cara yang betul ,jangan jadikan blog anda menjana pendapatan yang haram ,kerana suka membuat keyword lucah , suka membuat gosip-gosip artis masa kini diMalaysia . bukankah menjadi satu dosa apabila anda membuat fitnah bila cerita yang anda buat itu tidak benar . sekali lagi, janganlah bermain Seo dengan cara yang kotor. Seni permainan Seo perlu bersih dan juga berseri.. Siapa Pakar Seo Malaysia ~

 

 

Kata Achie : Makin gempak sebenarnya Hasrul hassan ini..

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

One comment

  1. achieeeee….
    lama tak nampak hang…
    rindu pulak zaman blogging dulu2..

    hehehe…
    Pendekar recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast