Senarai 7 Selebriti Kucing Di Dunia Yang Mungkin Anda Tahu
Tuesday , 28 March 2017
You are here: Home >> Haiwan >> Senarai 7 Selebriti Kucing Di Dunia Yang Mungkin Anda Tahu
Senarai 7 Selebriti Kucing Di Dunia Yang Mungkin Anda Tahu

Senarai 7 Selebriti Kucing Di Dunia Yang Mungkin Anda Tahu

Senarai 7 Selebriti Kucing Di Dunia Yang Mungkin Anda Tahu

Senarai 7 Selebriti Kucing Di Dunia Yang Mungkin Anda Tahu. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu tentang adanya kucing yang mungkin menjadi gilaan khusus bagi catlover a.k.a. pengemar kucing . sudah pasti kebiasanya kucing selebriti ini punya muka yang comel , innocent ataupun mungkin juga perwatakan yang agak lucu dan senang dilihat .jadi kepada mereka yang nak teruskan artikel tentang 7 selebriti kucing di dunia ini ,dengan sekeras-kerasnya admin tidak akan bertanggungjawab diatas apa -apa juga kegilaan yang mungkin anda rasai dengan wajah-wajah kucing mereka yang sangat comel dan polos.tanpa membuang masa,jom kita lihat senarai 7 selebriti kucing di dunia yang mungkin anda tidak tahu.

Senarai 7 Selebriti Kucing DiDunia Yang Mungkin Anda Tahu

1. Snoopy the Cat

Dengan matanya yang bulat, hidung pula mungil serta badan bulatnya, Snoopy merupakan selebriti kucing yang paling comel sekali. Pada asalnya beliau terkenal di negara asalnya, China, melalui laman sosial Weibo, tetapi oleh kerana kecomelan dan aksinya, beliau nudah menjadi fenomena antarabangsa. Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured posting di dalam Catsparella, dan kini, terdapat 2 blog Tumblr yang dibuat untuk beliau.Snoopy the Cat, bukan setakat comel, tetapi, mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!

2  3

2. Maru

Maru, berasal dari Jepun, merupakan seekor kucing yang sangat nakal tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia, kucing ini adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal apabila aksinya bermain – terutama kegilaanya bermain kotak dan kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat April 2013, video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.

5  4

3. Colonel Meow

Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci! Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”) berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya, Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”, “Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.

6  7

4. Lil Bub

Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000 pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor” bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.

8 9

5. Cooper

Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di PhotographerCat.com.

10 11

6.Hamilton the Hipster Cat

Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak 99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat

12 

13

7. Grumpy Cat

Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik hati peminat untuk di-“viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun setengah selepas beliau muncul di Reddit.

14 

15 

 

Bagaimana?comel-comel bukan?? fuhh boleh buat admin sasau malam ni..hahaa

Sumber : TheVocket

 

Kata Achie :Share jika artikel ini menarik perhatian anda.

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast