Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Informasi >> Resipi Cara Membuat Roti Pizza Sendiri Di Rumah
Resipi Cara Membuat Roti Pizza Sendiri Di Rumah

Resipi Cara Membuat Roti Pizza Sendiri Di Rumah

Resipi Cara Membuat Roti Pizza Sendiri Di Rumah

Bagi sesiapa yang gilakan dengan pizza hut tu , mungkin anda akan teringin selalu pergi ke pizza hut ataupun membeli pizza hut secara delivery semata-mata rindukan dengan keenakan resepi pizza hut yang sungguh sedap dan lembut sekali . Selepas ini ,apakata anda mencuba resepi yang saya sediakan ini ,mana tahu anda mampu menghasilkan resepi roti pizza yang paling sedap didunia .mungkin anda mampu menghasilkan roti pizza yang paling besar didunia semasa membuat resepi pizza di rumah .manatau kan? tanpa membuang masa, mari kita belajar dengan mudah cara membuat roti pizza di rumah ..jom ~

Resipi Cara Membuat roti Pizza Sendiri Di Rumah

Resepi Roti Pizza yang enak .

Bahan bahan :

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara-cara membuat roti pizza yang enak

Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan ia selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

kemudian ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.

Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siaaap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan topping…

Selamat Mencuba …..

 

Kata Achie :Nak try tapi malaslah pula..heheee

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast