Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Resepi >> RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP l CRUNCHY NESTUM COOKIES
RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP l CRUNCHY NESTUM COOKIES

RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP l CRUNCHY NESTUM COOKIES

Assalamualaikum w.b.t . . .

Balik-balik tengok Resepi biskut nestum yang rangup serta sedap.belek kat google,jumpa pula resepi biskut nestum yang rangup  ( Crunchy Nestum Cookies ) tengok gambar pun dah terliur ni,tak sabar nak balik rumah nak try buat.. hari tu sempat buat popia nestum,memang sedap walaupun baru try and error je.. apapun semoga resepi kali ini berjaya.nak join sekaki?jom kita tengok cara buat biskut nestum yang rangup.aku celok resepi tu dari SINI.. jangan marah ya bos

 RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP l CRUNCHY NESTUM COOKIES ..

Bahan-bahan A:-

  • 1 cawan tepung gandum – ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik – ayak
  • 2/3 – 1 cawan bijirin NESTUM original – dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original – tak perlu dikisar

Bahan-bahan B:-

  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B

Bahan hiasan:-

  • Bijirin NESTUM secukupnya (letakkan di dalam sebiji pinggan)
  • Buah ceri yang dipotong dadu

Cara membuatnya: 

  • Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  • Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  • Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
  • Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
  • Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  • Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

Kata Achie :Tak sabar nak balik dari kerja..hehee

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

3 comments

  1. gaya macam dah buat.. rupanya tka buat lagi.. nak popia nestum sikit? haha
    Norfanil recently posted…Senarai 4 Produk DUMEX Di Tarik Balik Dikhuatiri TercemarMy Profile

  2. aci wat lebih x biskut nie? ein nak mintak sikit nie…
    ein recently posted…❤Selamat Hari Raya Aidilfitri❤My Profile

  3. Sedap sangat biskut ni.. boleh esen vanila nak ganti esen pandan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast