Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , TG Harun Taib Meninggal Dunia -
Tuesday , 28 March 2017
You are here: Home >> Agama >> Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , TG Harun Taib Meninggal Dunia
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , TG Harun Taib Meninggal Dunia

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , TG Harun Taib Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.t. . .

KUALA TERENGGANU: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia  di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Sehingga ini, punca kematiannya belum diketahui.

Bagaimanapun, laman web rasmi PAS sebelum ini melaporkan Allahyarham tidak sedarkan diri sejak kira-kira 5 petang semalam.
Ketua Perangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata jenazah Allahyarham Tuan Guru Harun Taib dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, 10 pagi ini.

Menurut laman rasmi parti itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam..            –> Sumber <–

Siapa datuk harun din??

Dato Haji Harun bin Taib merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu. Beliau telah meninggal dunia pada 25 Januari 2014 di Sultanah Nur Hazirah Hospital, Kuala Terengganu

Latar Belakang

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Kini beliau masih lagi menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa.

Isterinya Fatimah Ibrahim dan mempunyai 5 anak

Politik.

Beliau kini merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Setelah PAS berjaya memerintah kerajaan negeri Terengganu pada 1999, Harun Taib menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu. Beliau terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Pilihan raya

DUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas. Hampir 99 % penduduk / pengundinya adalah keturunan Melayu. PAS menang di Manir sejak 1990 lagi. Dalam pilihan raya 1999, Harun Taib mengalahkan Shamsuddin Sulong (BN).

Dalam pilihan raya umum 2004, Datuk Harun Taib (PAS) menumpaskan Wan Sagar (BN-UMNO) dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi

Pilihan Raya 2008

Dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008, Harun Taib berjaya menewaskan Wan Sagar Wan Embong (BN), orang yang sama ditewaskannya pada 2004, kali ini dengan majoriti 406 undi.[4]

Pada 16 September 2008, panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Arifin Zakaria dan Dato’ Zulkefli Ahmad Makinudin menolak petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir pada 8 Mac 2008. Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.[4] Sebelum ini, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee menolak petisyen Wan Sagar kerana tidak ada secebis buktipun. Insiden 2 pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi juga tidak dapat dibuktikan.

Isu Mawi

Pada 15 September 2005, Datuk Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama Pas membantah tindakan kerajaan negeri Kelantan menjemput Mawi menyanyi dalam konsert Islam pada 1 Oktober 2005 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sempena pengisytiharan “Kota Bharu Bandar Raya Islam”. Ini kerana beliau menganggap Mawi bukan seorang penyanyi hiburan Islam sebenar, sebaliknya hasil produk sebuah rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia Musim 3 (Astro Ria), yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam. Artis lain yang dijemput ialah M. Nasir, Akhil Hayy, Kumpulan Rabbani dan Halim Yazid. Pendirian Harun itu dianggap tepat dengan hukum-hukum yang diijtihad oleh kebanyakan ulama zaman silam berdasarkan nas-nas daripada al-Quran dan hadis. Masalah muzik dan lagu merupakan masalah khilafiah yang ulama berbeza pandangan sejak turun-temurun. Datuk Harun bagaimanapun akur bahawa Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidil Am PAS lebih berhak untuk membuat keputusan.

Kata Achie :Alfatihah,semoga ditempatkan dikalangan orang beriman

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast