Saturday , 27 May 2017
You are here: Home >> Bicara Cinta >> Kenapa Lelaki Boleh Curang Dengan Pasangan
Kenapa Lelaki Boleh Curang Dengan Pasangan

Kenapa Lelaki Boleh Curang Dengan Pasangan

Kenapa Lelaki Boleh Curang Dengan Pasangan

Entry kali ini agak menakutkan sebenarnya,tak kiralah buat lelaki dan wanita yang masih lagi belum berkahwin ataupun sudah berumahtangga.memang perkataan CURANG adalah satu perkara yang menakutkan ,siapa yang ingin dicurangi? sememangnya jika diberi pilihan pasti ada saja manusia yang ingin curang dengan pasangan mereka,jika mereka merasa dengan curang itu mereka dapat memuaskan hati mereka.sebelum saya memberi sebab mengapa lelaki boleh curang dengan pasangan mereka,dengan rasa sedih,mari saya kongsikan artikel yang saya petik dari Sinar Harian .

 

***************************************************

Pengakuan Lelaki Curang.

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.

Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar…

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan…

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH… saya terduduk dengan pengakuan itu… kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya… apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya… Saya ingin mengadu… air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.

Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan… S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya…

“Berapa kali?”

“Banyak…”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan…”

Ya ALLAH… enam tahun lalu… kini Adan dah ada dua adik…

“Tak kahwin?”

“Tidak… abang sayangkan Mah…”

“Sayang?”

“Ya…”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan…

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti…

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang… sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri… abang tak bahagia dengan Mah… Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik… tak ada kurang satu pun… Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang…”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.

Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.

Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.

Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf…

Mah…

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.

Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.

Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.

Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…

 

***************************************************

SEBAB MENGAPA LELAKI CURANG DENGAN PASANGAN..

  1. Untuk SUKA-SUKA. Lelaki jenis macam ni memang tak patut digelar lelaki.. memikirkan keseronokan dunia semata-mata dan hawa nafsu,tidak memikirkan perasaan hati perasaan dia. silap-silap haribulan,hubungan dengan pasangan sedia ada bukan atas dasar cinta.tapi atas dasar suka-suka. lelaki jenis ini boleh dikategori sebagai kurang matang..biasa boleh anda dapati pada lelaki yang masih agak remaja seperti budak sekolah.
  2. Bosan dengan PASANGANNYA. lelaki ini bukan semua jenis yang setia . ada juga yang jenis cepat bosan dengan sesetengah benda. contohnya, jika dia jenis yang suka bertukar-tukar handphone dari masa kesemasa .itu juga boleh dikategorikan sebagai perasaan cepat bosan dan sukakan kelainan daripada yang asal. Lelaki jenis macam ini agak bahaya,kerana boleh jadi bila dia merasa bosan dengan anda,dia boleh membuang anda begitu saja tanpa ada belas kasihan.
  3. Tidak tahan dengan GODAAN wanita. Lelaki jenis ini mungkin pada asalnya adalah jenis yang sayang pada pasangnya namun disebabkan kerana godaan dari wanita lain yang suka menghancurkan kebahagiaan sesebuah hubungan demi memiliki lelaki yang menjadi idaman .Jadi pada waniat diluar sana,perhatikan kekasih ataupun suami anda,jangan merasakan dia cukup setia kerana dia juga boleh menjadi mudah tergoda dengan wanita lain.
  4. Ingin MEMBALAS DENDAM . yang ini lelaki yang jenis psikologi . jadi jangan merasa hairan jika anda dicurangi .mungkin disebabka dia merasakan sangat berpuas hati bila mana hati pasangan dia dapat disakiti dengan membuat hubungan dengan wanita lain . anda mungkin boleh memikirkan semula sebab munasabah dia berbuat begitu .mungkin anda pernah menyakiti hati lelaki tersebut di masa silam.
  5. memang BUAYA DARAT ,ataupun lebih tepat lagi kaki perempuan .kalau wanita diluar sana mendapat lelaki macam ni,memang malapetaka sebenarnya anda sedang hadapi .kalau jenis yang macam ini ,anda mungkin boleh menasihati si dia dengan lemah lembut dan boleh memikirkan untuk meninggalkan mereka jika mereka memang sukar untuk dibendung lagi .buat apalagi anda berharap pada si dia andai hati mereka sudah diletakkan pada orang lain.

Nampak setakat ini saja yang boleh saya kongsi buat wanita diluar sana, semoga artikel ini dapat membantu anda.. ingatlah orang tersayang, semoga anda bahagia dengan pasangan anda.. JAUHI SIFAT CURANG , BARU ANDA DISAYANG..

 

Kata Achie : Ya Allah,semoga saya dijauhkan dari sifat curang.. AMIN3

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast