Friday , 22 August 2014
You are here: Home >> Info >> Gambar Samsung Galaxy Tab 3 Terbaru Keluaran Samsung
Gambar Samsung Galaxy Tab 3 Terbaru Keluaran Samsung

Gambar Samsung Galaxy Tab 3 Terbaru Keluaran Samsung

Assalamualaikum W.b.t . . . 

Gambar Samsung Galaxy Tab 3 Terbaru Keluaran Samsung ..

Waaa,Samsung melangkah selangkah kehadapan lagi bila mengenalkan Samsung Galaxy tab 3 terbaru mereka untuk pasaran antarbangsa..nampak gayanya syarikat gergasi ini semakin yakin dengan model mereka yang diupdate dari masa kesemasa bermula dari samsung Tab 1 lagi..mari baca artikel penuh ..

***********************

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan GALAXY Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan. 

Bagi model GALAXY Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara, manakala bagi model 10.1 inci pula akan mula dipasarkan bermula pertengahan September ini. 

 

GALAXY Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit. 

 

Syarikat elektronik Korea Selatan itu berkata, siri GALAXY tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka. 

Katanya, sama ada melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi. 

“Ia sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam. 

Reka bentuk nipis 
GALAXY Tab 3 7.0 inci didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang. 

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa. 

Sementara itu, bagi GALAXY Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di emel, mesej teks dan ChatON. 

galaxy-note-8-stylus-1 Samsung Galaxy Tab 3 

Kata Achie :Macam murah saja harga Samsung galaxy tab 3 ni..ehheee

987zzz321
987zzz321

About Achie

Comments are closed.

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast
You might also likeclose