Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> 18 SX >> Gambar 10 Pelancong Asing Borbogel Di Puncak Gunung Kinabalu
Gambar 10 Pelancong Asing Borbogel Di Puncak Gunung Kinabalu

Gambar 10 Pelancong Asing Borbogel Di Puncak Gunung Kinabalu

Gambar 10 Pelancong Asing Borbogel Di Puncak Gunung Kinabalu

Hanya mampu terdiam sebentar membaca artikel yang saya kongsikan dari blog 1Sabah .serius perkara ini amat memalukan kita sekali. bagaimana perkara serius sebegini boleh terjadi di puncak kemegahan bagi penduduk negeri Sabah . saya berharap dengan adanya pihak berkuatkuasa ,semoga mereka mengambil tindakan tatatertib,termasuk menyenarai hitamkan 10 pelancong asing yang berbogel ini dari mendaki gunung kinabalu di masa akan datang..untuk bacaan penuh,sila teruskan pembacaan anda..

Gambar 10 Pelancong Asing Borbogel Di Puncak Gunung Kinabalu

Taman-Taman Sabah kelmarin mengesahkan kejadian pendaki gunung warga asing berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas sememangnya berlaku.

Pengarahnya, Dr. Jamili Nais, dalam satu kenyataan berkata malim gunung yang bertugas mengiringi pendaki-pendaki terbabit telah diminta untuk membuat laporan.

“Malim gunung tersebut telah menulis surat kepada Taman-Taman Sabah yang antara lain menyatakan bahawa beliau bersama beberapa orang malim gunung telah ditugaskan membawa seramai 27 pendaki warganegara asing (semuanya dari Eropah).

Seramai 10 pendaki (enam lelaki dan empat perempuan) daripada kumpulan berkenaan telah berbogel di kawasan South Peak di Gunung Kinabalu,” katanya.

Dr Jamili berkata menurut malim gunung tersebut, beliau telah menegur dan melarang pendaki asing terbabit dari melakukan aksi berkenaan. Walaubagaimanapun pendaki asing terbabit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau (‘stupid’dan‘go to hell).’

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tersiarnya gambar-gambar melalui media sosial dan ‘instant messenger’ (Facebook dan WhatsApps) yang memperlihatkan beberapa gambar pendaki berbogel di kawasan South Peak, Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

“Siasatan awal pada 31 Mei 2015 mendapati kejadian itu sememangnya berlaku dan malim gunung yang bertugas mengiringi pendaki-pendaki terbabit telah diminta untuk membuat laporan,” tambahnya.

Malangnya kata beliau malim gunung terbabit tidak melaporkan insiden itu kepada pihak Taman-Taman Sabah di Laban Rata atau di Ibu Pejabat Taman Kinabalu supaya tindakan segera diambil pada hari yang sama.

Dr Jamili berkata Taman-Taman Sabah telah pun membuat laporan polis dan menyerahkan senarai nama 27 pendaki tersebut untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau setakat ini, Taman-Taman Sabah belum dapat memastikan identiti 10 pendaki (enam lelaki dan empat perempuan) yang bertindak berbogel daripada kumpulan 27 pendaki terbabit. Pihak Taman juga belum dapat memastikan sama ada mereka masih berada di negara ini. Siasatan dan usaha lanjut masih diteruskan.

“Kejadian ini dipercayai adalah sebahagian daripada ikutan atau ‘trend’ akhir-akhir ini oleh segelintir pelawat Eropah yang bertindak berbogel di kawasan-kawasan dunia yang dianggap sebagai tempat suci (‘sacred sites’) atau ‘iconic’ seperti Machu Picchu di Peru, Angkor Wat di Cambodia dan pelabagai Tapak Warisan Dunia lain (carian Google akan memperlihatkan kes-kes serupa di tempat lain pada masa lampau),” katanya lagi.

Beliau berkata selain laporan polis, antara tindakan susulan dan langkah pencegahan yang telah dan akan diambil oleh pihak Taman-Taman Sabah supaya perkara ini tidak berulang ialah ialah meminta surat tunjuk sebab daripada malim gunung yang terlibat atas kegagalan melaporkan insiden berkenaan dengan segera kepada pihak Taman-Taman Sabah,

“Kita juga mengarahkan semua malim gunung untuk memasukkan dalam taklimat pendakian mereka mengenai larangan berkelakuan tidak senonoh di Gunung Kinabalu,” tegasnya.

Tindakan lain katanya akan memasang papan tanda pemberitahuan mengenai larangan-larangan ketika berada di Gunung Kinabalu.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun berkata pihak kementerian akan menjalankan siasatan tentang kejadian itu.

Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Ia dianggap sebagai kawasan yang suci oleh masyarakat Kadazan Dusun kerana dipercayai mempunyai semangat ‘Bobohizan’.

Setiap pendaki perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan terutama dari segi perbuatan, tidak mengeluarkan perkataan yang kasar, mengambil atau merosakkan tumbuhan yang berada dikawasan tersebut

 

Kata Achie : Manusia sekarang tergolong dalam manusia akhir zaman

 

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast