Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Petua >> Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan
Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan

Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum w.b.t. . .

Cara paling mudah untuk membuang angin dalam badan?macam mana?tak tahu macam mana nak buang angin dalam badan.memang diakui agak kurang selesa kalau merasa ada angin dalam badan yang menganggu aktiviti harian kita.. semestinya angin dalam badan jika dibiarkan,sebenarnya membawa malapetaka yang buruk jika tidak dihindari dengan lebih berkesan..sebelum lebih lanjut tentang cara buang angin dalam badan,apa kata kita fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan angin dalam badan…

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah makanan yang
menyebabkan angin dalam badan:

a. Kacang
b. Sayuran seperti brokoli
c. Kobis
d. Taugeh
e. Bawang
f. Asparagus
g. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
h. Bijirin seperti roti gandum
i. Minuman ringan dan jus buah
j. Susu dan produk daripada susu dan keju

1. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali 

macam mana?mudahkan untuk buang angin dalam badan..jadi kepada siapa nak mencuba,admin doakan semoga berjaya..

 

Kata Achie :Memang tak selesa jika ada angin dalam badan..

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

6 comments

  1. Salam Ramadhan Achie..
    Petua yg diberi mmg mudah, tapi tak mudah pulak nak telannya..^_^

  2. erk, minum air bawang putih? xsangguppppppppppppp
    ein recently posted…♥Terima Kasih Daun Keladi♥My Profile

  3. petua yang bagus… lawat blog sya juga ya… http://www.beautyummi.blogspot.com :)

  4. telan air nak minum airbawang putih. tak sanggup
    suhailey recently posted…BUANG ANGIN DARI BADAN | TIADA LAGI SEBU PERUTMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast