Saturday , 27 May 2017
You are here: Home >> Informasi >> Cara Mudah Belajar Mengenali Gerakan Dalam Muay Thai
Cara Mudah Belajar Mengenali Gerakan Dalam Muay Thai

Cara Mudah Belajar Mengenali Gerakan Dalam Muay Thai

Cara Mudah Belajar Mengenali Gerakan Dalam Muay Thai

Bagi mereka yang ingin mengenali lebih dalam gerakan dalam Muay Thai ,sudah pasti artikel ini adalah bersesuaian dengan anda kerana disini anda akan mempelajari teknik-teknik ataupun gerakan yang diajar dalam sena bela diri Muay Thai .jadi tanpa membuang masa lagi ,mari belajar Cara Mudah Belajar Mengenali Gerakan Dalam Muay Thai

Cara Mudah Belajar Mengenali Gerakan Dalam Muay Thai

Muay Thai adalah jenis seni beladiri yang tidak memerlukan senjata melainkan hanya  anggota tubuh badan. Hampir semua anggota tubuh badan akan  dipakai ke dalam gerakannya seperti pukulan, tendangan, menyikut, mendengkul, dan juga  memiting. Muay Thai juga dikenal dengan nama lain iaitu  ‘Ilmu Delapan Tungkai’ kerana semua teknik gerakannya yang berawal dari kekuatan lapan titik tubuh badan. Jadi untuk melakukan semua perkara itu, anda harus memiliki ekstra tenaga yang lebih .

Teknik gerakan memukul

Hook

Gerakan tinju secara menyamping yang mentargetkan ke kawasan kepala atau wajah dan anggota badan bahagian samping.

Jab

Gerakan tangan meninju lurus ke arah wajah mahupun anggota badan bahagian depan. Biasanya teknik pukulan ini merupakan kejutan dari gerakan berikutnya iaitu Strike yang lebih bertenaga.

Strike

Pada masa tangan kiri sedang memancing lawan dengan gerakan Hook, dari  tangan satunya meluncur lurus ke arah anggota tubuh bahagian depan (biasanya mentargetkan bahagian wajah). Strike lebih berkuasa daripada jab kerana ayunan tangan lebih ke belakang untuk mendapatkan tenaga yang lebih besar.

Upper Cut

Gerakan ini membawa tangan mengayun dari bawah ke arah atas. Area target pukulan upper cut cukup luas, mulai dari hampir seluruh bahagian tubuh bahagian samping dan depan (termasuk kepala dan dagu).

Teknik gerakan menendang

Low Kick

Mentargetkan anggota tubuh bahagian bawah. Biasanya bahagian dari pinggang ke bawah.

Middle Kick

Hampir sama juga seperti low kick, namun bezanya gerakan ini memiliki target tendangan anggota tubuh bahagian depan dari pinggang ke atas.

High Kick

Sasaran tendangan satu ini jelas mengarah ke bahagian kepala lawan.

Push Kick

Teknik kaki yang mendorong anggota tubuh lawan. Tidak seperti gerakan menendang lainnya yang bersandarkan pada kekuatan dan kecepatan, push kick hanya bermaksud untuk menjatuhkan lawan, mengambil jarak, dan memancing lawan untuk gerakan berikutnya.

Teknik gerakan menyikut

Horizontal

Gerakan sikut yang mengarah secara menyamping. Biasanya mengincar bahagian tubuh bahagian samping kepala dan bahu.

Vertikal

Sikutan yang mengarah dari bawah ke atas mahupun sebaliknya. Target biasanya untuk tibuh bahagian depan depan dan dagu.

Smashing Elbow

Seperti sikutan secara vertikal namun berbeza tenaga dan hanya menyikut dari atas ke bawah. Smashing elbow akan secara kuat menghentam bahagian tubuh. Variasi dari teknik ini adalah Flying Smashing Elbow yang bergerak menyikut dengan melompat terlebih dahulu.

Upper Cut Elbow

Cukup mirip sebenarnya dengan tinju upper cut, namun bezanya dengan menggunakan sikut. Gerakan dari bawah ke atas yang menggunakan tenaga demi menjatuhkan lawan.

Teknik gerakan mendengkul

Hook Knee

Hampir serupa dengan pukulan hook namun menggunakan dengkul sebagai senjatanya.

Circle Knee

Anggota tubuh akan memutar dan memusatkan tenaganya di bahagian dengkul untuk menyerang tubuh bagian samping seperti rusuk dan paha kaki lawan.

Upper Cut Knee

Seperti uppercut lainnya namun menggunakan dengkul untuk menyerang tubuh bagian depan lawan secara langsung.

Teknik gerakan memiting

Gerakan mengunci ini akan berusaha untuk menjatuhkan kepala lawan ke bawah sebelum melemparkannya lagi. Berawal dari memegang lawan melalui badan, kepala, mahupun leher. Setelah lawan kehilangan keseimbangan, baru lah anda menyerang dengan variasi serangan berikutnya.

SUMBER

Kata Achie : Semoga memberi manfaat buat anda..

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast