Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Personal >> Cara Buat Sendiri Makanan Kucing Dengan Menggunakkan Ikan
Cara Buat Sendiri Makanan Kucing Dengan Menggunakkan Ikan

Cara Buat Sendiri Makanan Kucing Dengan Menggunakkan Ikan

Cara Buat Sendiri Makanan Kucing Dengan Menggunakkan Ikan

Rumah kami baru saja menerima kedatangan seekor kucing bernama Kitty yang berbaka mix .bapa dia baka bengal manakala ibunya pula berbaka Persian. sudah pasti penjagaan kucing berbaka seperti ini tidak seperti penjagaan mudah menjaga kucing kampung saya yang begitu mudah .kucing kami si Kitty tidak boleh dibiarkan diluar rumah,takut risiko kecurian bakal berlaku.jadi kami memutuskan agar kucing kami si Kitty ini diletakkan dalam sangkar didalam rumah.hehe

Namun ada satu menjadi persoalan disini bila mana si Kitty tidak gemar memakan Dry Food dan lebih mengemari wet food.jadi saya membuat keputusan untuk membuat sendiri Wetfood kucing dengan menggunakkan ikan. dan hasil dari kajian saya dari google.saya telah menjumpai satu artikel dari sebuah blog yang membuat makanan kucing dengan menggunakkan ikan.jadi kepada mereka diluar sana.saya nak kongsikan serba sedikit cara membuat sendiri makanan kucing dengan menggunakkan bahan dari ikan.

Cara Buat Sendiri Makanan Kucing Dengan Menggunakkan Ikan

Bahan-bahan Buat Makanan Kucing

  1. Ikan tongkol seekor atau 1 kilo ikan kembung/sardin/mabong atau apa saja ikan yang sesuai.
  2. 2 batang lobak merah. Kalau besar, guna sebarang pun cukup
  3. Bayam. Saya guna brokoli sebab tak ada bayam
  4. Setengah peket agar-agar serbuk + 400ml air

Rebus ikan dan keluarkan. Rebus lobak merah dan brokoli di dalam air rebusan ikan tersebut. Boleh juga direbus semua bahan ini serentak. Tak ada masalah nak asing-asing atau nak rebus sekali serentak.

Ambil isi ikan sahaja ( sebab itulah saya gunakan ikan tongkol…tak perlu nak asingkan banyak tulang ). Campur isi ikan, lobak merah dan brokoli dan kisar  gunakan air rebusan tersebut.

Dalam periuk, masak agar-agar sehingga mendidih. Jangan letak gula pula…ini nak buat agar-agar tuan kucing.

Masukkan semua bahan yang telah kita kisar ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar. Masak sehingga mendidih.

Lepas dah mendidih, tutup api. Cedok dan masukkan ke dalam bekas untuk disimpan. Saya guna bekas dadih yang pernah digunakan. Bekas plastik macam ni selalunya dikumpul, sayang nak buang tapi tak pernah pun nak guna…kan.

Untuk sekali makan, keluarkan satu bekas makanan kucing dari peti sejuk. Kalau terlalu sejuk, saya hangat semula dalam microwave lebih kurang 10 saat.

Kalau anak-anak kita sendiri tersilap makan sebab disangka dadih atau puding pun tak ada masalah… berkhasiat ni! hehehehe

Senangkan cara mudah membuat wet food dari bahan ikan ini,insyallah selepas ini saya akan kongsikan cara membuat wetfood dengan menggunakan ayam.

 

Kata Achie : Nak jimat semua boleh..hehe

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast