Bila Tempoh Mengawan Bagi Kucing Betina -
Tuesday , 28 March 2017
You are here: Home >> Haiwan >> Bila Tempoh Mengawan Bagi Kucing Betina
Bila Tempoh Mengawan Bagi Kucing Betina

Bila Tempoh Mengawan Bagi Kucing Betina

Bila Tempoh Mengawan Bagi Kucing Betina

Mungkin ada diantara kita yang tak tahu bila kucing betina mereka akan mula mengawan ,mungkin ada juga antara kita yang merupakan pemilik kucing yang baru berkecimpung dalam penjagaan kucing . jadi artikel ini sangat sesuaia  bagi mereka yang masih tidak tahu bila tempoh yang sesuai / betul untuk kucing betina mereka mengawan .semoga artikel ini berguna buat anda.

Bila Tempoh Mengawan Bagi Kucing Betina

Tahukah anda bahawa kebanyakan kucing betina yang ada akan mula mencapai tahap kematangan  atau galak bermula pada umur 6 bulan biasanya dan akan berulang setiap dua minggu sehinggalah mereka telah bunting.

Kitar ini akan bermula dengan PROESTRUS yang akan berlangsung diantara 2 hingga ke 3 hari . Dan pada peringkat ini ,kucing betina anda akan mula menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk mengawan tetapi masih tidak ingin untuk mana-mana kucing jantan untuk mendekati mereka .

Bila mereka mula tidak duduk diam , geselan muka , berguling-guling dan suara yang meninggi ,itu adalah antara tanda-tanda kecil peningkatan seksual kucing betina tersebut .

Pada peringkat ESTRUS , perlakuan kucing betina ketika tempoh PROESTRUS  akan lebih kelihatan dan pada peringkat ini barulah kucing betina akan membenarkan kucing jantan untuk mendekati diri mereka.

Namun bagi mereka yang tidak mempunyai kucing jantan dan sesi mengawan tidak terjadi antara kucing betina dan kucing jantan tersebut ,Peringkat ESTRUS ini akan berlanjutan sehingga 10 hinggalah ke 14 hari. Kemudian kucing betina akan berehat untuk tempoh 2-3 minggu dan kitaran ini akan bermula sekali lagi .

Tempoh ESTRUS yang berulang ini pasti akan memberi tekanan kepada pemilik kucing tersebut kerana tiada apa -apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan atau menenangkan kelakuan kucing betina pada ketika ini.ia juga turut memberi tekanan sendiri pada kucing betina kerana keinginan mereka untuk mengawan tidak dapat dipenuhi.

Jangan anda merasa hairan bila kucing betina anda mula hilang selera makan dan tidurnya turut terganggu ketika dalam tempoh ESTRUS .dan semasa kucing betina dalam tempoh ESTRUS ,mereka tidak akan mengeluarkan darah seperti anjing tetapi perubahan tingkahlaku mereka pasti akan berlaku .

 

Perubahan yang biasa berlaku biasanya adalah :-

  • Berguling-guling dan teriak
  • Suara semakin meninggi
  • Kelakuan lebih mesra dan lebih manja dari kebiasannya
  • Sentiasa ingin untuk keluar rumah
  • Kencing diluar bekas najis ,biasanya pada permukaan menegak
  • Meniarap diatas perut dan bahagian belakang diangkat tinggi

Tempoh METESTRUS pula akan berlaku sehari selepas tempoh ESTRUS. pada tempoh ini kucing betina anda biasanya akan bertindah agresif dan menghalau kucing jantan dari mendekati mereka.kucing pasti akan mengandung jika persenyawaan terjadi semasa proses mengawan .

Manakala tempoh ANESTRUS ialah tempoh terakhir selepas temph ESTRUS dan adalah tempoh kucing betina anda akan bertenang dan diam.

Apapun setiap kucing betina adalah berbeza dan mungkin perbezaan ini terjadi atas konsep perbezaan baka dan iklim antara kucing-kucing yang ada diseluruh dunia..

 

 

Kata Achie : terima kasih sudi membaca artikel ini.

 

 

 

 

 

 

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast