Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Agama >> April Fool Haram Disambut Oleh Umat Islam
April Fool Haram Disambut Oleh Umat Islam

April Fool Haram Disambut Oleh Umat Islam

Assalamualaikum w.b.t. . . .

April Fool Haram Disambut Oleh Umat Islam

Pelbagai versi yang kita dengar apabila berbicara mengenai sejarah April Fool. Ade yang mengaitkan sejarah April Fool dengan Tragedi berdarah Granada umat Islam di Sepanyol yang berlaku pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai “The April Fool Day” oleh golongan Kristian dan pelbagai versi lain yang dikaitkan dengan sejarah April Fool. Namun apa yang ingin ditekankan disini bukanlah mengenai sejarah APRIL FOOL, tetapi adalah mengenai  budaya APRIL FOOL yang jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersifat jujur dalam kehidupan.

Apabila membicarakan mengenai April Fool’s Day, mereka atau golongan-golongan yang meraikan hari tersebut tidak dapat tidak lari daripada terlibat dengan unsur penipuan yang mana ianya merupakan salah satu  sifat mazmumah atau sifat yang buruk yang dilarang dalam Islam.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut :
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : “Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah”. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

 

  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline. net]
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834
Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain.
Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda (bermaksud): Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
 
Diantara yang lain pula adalah fatwa dari Syaikh Muhammad ibnu Shalih ibnu Utsaimin yang menyebut mengenai perkara: “Berbohong walaupun dalam keadaan bergurau”. Berbohong tidak dibenarkan sama ada bergurau atau serius kerana ia merupakan akhlak yang dicela yang mana tidak bersifat dengan sifat ini melainkan munafiq. Amat menyedihkan apabila kita banyak mendengar sebahagian manusia membahagikan perbohongan kepada 2 bahagian : ‘bohong putih’ dan ‘bohong hitam’. Apabila timbulnya mudhorat seperti memakan harta atau sikap melampaui batas atau yang seumpamaannya maka menurut mereka itu adalah bohong hitam. Apabila tidak ada unsur-unsur seperti itu maka ia adalah bohong putih.Ini adalah pembahagian yang batil. Bohong semuanya hitam. Namun ia bertambah hitam setiap kali ia mendatangkan mudhorat yang lebih besar.
Sempena topik ini saya ingin mengingatkan saudara saya umat Islam agar menghindarkan diri daripada apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang tidak cerdik dengan apa yang dipanggil ‘April Fool’ yang saya rasa tidak lama lagi. Pembohongan seperti ini yang diambil daripada orang yahudi, nasrani,majusi dan orang kuffar. Kemudian disamping ianya adalah dusta dan pendustaan adalah haram menurut syara’, ianya perbuatan yang menyerupai orang bukan Islam. Menyerupai bukan Islam adalah haram. Baginda telah bersabda:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka”.
 
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah: Sanadnya Jayyid.

Kedudukan yang paling minima adalah haram walaupun zahirnya membawa erti kekufuran orang yang menyerupai mereka (golongan kuffar). Pembohongan (April fool) ini disamping ianya mengandungi dua larangan tersebut, ia juga menjatuhkan martabat seorang muslim di hadapan musuhnya. Ini kerana sudah sedia maklum pada tabiat kejadian manusia, orang yang ditiru perbuatannya akan berbangga ke atas orang yang meniru dan dia merasakan bahawa dirinya lebih kehadapan daripada orang yang meniru perbuatannya oleh kerana si peniru menjadi lemah sehingga sanggup menjadi orang yang meniru. Oleh itu pembohongan dalam april fool ini merupakan penghinaan terhadap orang mukmin kerana dia menjadi rendah diri dan mengikut orang-orang kuffar.

Kebanyakan daripada pembohongan ini adalah jijik , mengandungi perbuatan memakan harta secara batil atau menakutkan muslim yang lain. Barangkali dia berbohong mengatakan kepada orang lain: akan datang tetamu hari ini. Lalu orang tadi memasak makanan yang banyak, lauk daging dan seumpamanya. Barangkali juga dia bergurau dengan perkara yang menakutkan orang lain seperti katanya: penjaga kamu dilanggar kereta dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang tidak dibenarkan walaupun bukan pada situasi ini. Hendaklah seorang muslim bertaqwa kepada Allah, berbangga dengan agamanya dan memandang tinggi terhadap agamanya supaya musuh umat Islam gerun kepadanya dan menghormatinya.

Sumber 

Kata Achie :Orang tak WARAS je sambut April Fool ni =.=

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

One comment

  1. ein selalu ingat 1 april nie sbb birthday bff… :p
    ein recently posted…♥Rumpai Laut♥My Profile

Leave a Reply to ein Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast