Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan -
Tuesday , 28 March 2017
You are here: Home >> Haiwan >> Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan
Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan

Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan

Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan

Sudah tentu ada diantara kita yang amat risau dengan masalah yang sering melanda kucing kita. antara yang menjadi faktor utama kebimbangan pada pecinta kucing adalah kucing akan diserang sawan . ada yang mungkin sudah pernah mengalami sebelum ini tidak akan merasa takut ataupun mengelabah .namun saya pasti ramai antara kita yang masih tidak tahu kenapa kucing tiba-tiba diserang sawan dan langkah-langkah yang patut diambil ketika kucing kita diserang sawan . Jadi kepada mereka yang mempunyai kucing ataupun punya saudara mara mahupun kenalan yang berjiwa CATLOVER sudah pasti artikel ini amat sesuai untuk bacaan anda. saya harap artikel ini berguna buat anda yang saya ambil dan olah kembali mengikut cara saya yang mungkin mudah untuk anda fahami.teruskan bacaan anda tentang Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan

Apa Sebab Terjadi Sawan Pada Kucing Dan Langkah Awal Menangani Kucing Yang Di Serang Sawan

Kenapa kucing anda diserang sawan ?

1. Memberi makanan yang mentah

  • Tahukah anda bahawa Ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine amat diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing anda akan mengakibatkan sistem sarafnya gagal berfungsi.

2. Mengalami kecedaraan

  • kemungkinan besar kucing anda mengalami kecederaan dibahagian kepala yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan, pukulan dengan objek tumpul atau keras ataupun terjatuh dari kawasan tinggi .

3.Mengalami Keracunan

  • Kemungkinan juga kucing anda mengalami masalah  keracunan yang tahap kronik iaitu keracunan dari strychine , bahan antibeku (etilena glikol), plumbum / lead (terutama dari kucing ), racun serangga (yang mengandungi organophosphates) cenderung menyebabkan sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot yang bergerak-gerak kekejangan serta racun tikus.

4.Mengalami Epilepsi

  • Ia adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan otak. Ianya mungkin disebabkan oleh pengaruh luar seperti trauma atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak

Langkah yang betul dalam menangani kucing anda yang diserang sawan ?

1) Menyelimutkan kucing anda yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.
2) Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang mungkin agak menakutkan, tetapi kebanyakkan sawan tidak mengancam nyawa. Mungkin boleh berlaku berulang-ulang kali.
3) Pastikan sebarang objek berhampiran dengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas agresif darinya yang tidak menentu mungkin akan berlaku.
4) Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan dan lembut, anda boleh mengusap-usapkannya untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak / sarafnya baru mula berfungsi normal untuk mengelak kucing anda  berasa ketakutan ataupun panik. Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum kerana otak kucing adalah sangat sensitif pada masa itu.
Kata Achie : Semoga berguna buat anda 

 

 

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

One comment

  1. Assalamualaikum..boleh saya tahu, macam mana nak tahu yang kucing tu kena sawan? And kenapa nafas kucing bunyi sangat kuat?
    Maaf klau tnya byk soalan..sbb sy bru sja bela kucing sebulan n umur kucing saya bru msuk 4 bulan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast