Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Informasi >> Apa Itu Bisul l Rawatan Untuk Penyakit Bisul
Apa Itu Bisul l Rawatan Untuk Penyakit Bisul

Apa Itu Bisul l Rawatan Untuk Penyakit Bisul

Apa itu Bisul l gambar bisul

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Apa itu Bisul? apa pula rawatan untuk penyakit bisul? mari sini admin nak share info yang berguna buat kita semua..Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan).Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyaksel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.

Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otakbuah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.

Apa pula rawatan untuk penyakit bisul?mungkin ada yang tak tahu apa dia rawatan untuk bisul?mari sini admin nak share sikit tentang rawatan untuk bisul..

Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan. Bagaimanapun, apabila pembedahan membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau digunakan sebagai pilihan terakhir. Penyingkiran nanah dari bisul paru-paru boleh dilakukan dengan meletakkan pesakit pada kedudukan yang membolehkan nanah dikeluarkan melalui saluran pernafasan respiratory tract. Selepas pembedahan untuk membuang nanah, antibiotik biasanya diberikan untuk mengawal jangkitan. Demah dan meninggikan anggota badan mungkin berguna untuk bisul kulit.

Nanah Perianal terdapat pada pesakit dengan Penyakit Buasir (inflammatory bowel disease)Penyakit Crohn, atau penyakit kencing manis. Sering bisul akan bermula sebagai luka dalaman disebabkan oleh ulser atau najis keras. Luka ini biasanya berjangkit akibat kehadiran najis dalam kawasan dubur (rectal), dan menjadi bisul. Ia sering hadir sebagai tisu bengkak pada dubur yang membesar dan menjadi semakin bertambah sakit.

kesimpulan disini,mencegah lebih dari mengubati.semoga kita semua dihindari dari penyakit bisul ini.Oleh itu,kebersihan diri perlu kita utamakan dalam kehidapan sehari-harian kita..Selamat menjaga Kesihatan ^^

Kata Achie : Kawan admin kena bisul..tak pasal-pasal kena bagi IV Antibiotik

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

3 comments

  1. hye bro, lama tak nampak..

    btl tu bro, mencegah lagi baik dari mengubati..tapi ramai tak beringat
    Zuan recently posted…Raya Moments of Closeness with SamsungMy Profile

  2. hari tu aku pan kena bisul. ehh. hahah
    kira recently posted…Kesesatan dan KaisonMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast