Sunday , 23 November 2014
You are here: Home >> Informasi >> Anggota Keselamatan Yang Terkorban Tergolong Syahid Akhirat
Anggota Keselamatan Yang Terkorban Tergolong Syahid Akhirat

Anggota Keselamatan Yang Terkorban Tergolong Syahid Akhirat

Assalamualaikum w.b.t. . .

Setelah muzakarah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dilakukan, mereka memutuskan anggota keselamatan yang terkorban ketika berperang menentang penceroboh dari Negara Filipina itu sebagai syahid akhirat..ini diambil kira anggota keselamatan kita cuba sebaik mungkin mempertahankan negara dari anasir-anasir jahat yang cuba merosakan negara…alfatihah buat anggota keselamatan yang telah terkorban,semoga mereka bahagia disana…untuk artikel lebih lengkap,sila baca dibawah ini….

************************************

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang semalam memutuskan anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam syahid akhirat.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata jawatankuasa berpandangan kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara sangat mulia di sisi agama.

“Jasa dan pengorbanan anggota keselamatan sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan, semalam.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad, berkata langkah kerajaan mempertahankan kawasan yang diceroboh bertepatan dengan syarak.

Beliau berkata, kerajaan juga sudah menggunakan kebijaksanaan dan memberi tempoh rundingan damai seperti yang dituntut dalam Islam bagi mengelakkan pertumpahan darah.

Pertahan hak

Katanya, bagaimanapun, jika mereka menolak proses perdamaian itu, pemerintah wajib melaksanakan tindakan demi mempertahankan hak dan kedaulatan negara.
“Islam menyuruh kita menggunakan kebijaksanaan dan langkah itu sudah diambil kerajaan. Namun, dalam isu ini mereka secara terang-terangan menolak proses perdamaian. Jadi, pemerintah berhak menggunakan tindakan sepatutnya,” katanya.

Mohd Shukri menegaskan, menceroboh negara lain walaupun sesama Islam adalah haram kerana ia bukan milik mereka.

Penasihat kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot, pula berkata, pencerobohan itu disifatkan sebagai perbuatan terkutuk dan menyalahi Islam.

“Tindakan mereka adalah haram sama sekali kerana melakukan pencerobohan ke atas apa yang bukan lagi hak milik mereka. Dalam al-Quran pun, Allah secara terang menegah manusia daripada mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

“Malah, perbuatan pencerobohan itu juga kalau dinilai dari segi logik akal fikiran dan undang-undang juga, adalah salah dan keterlaluan,” katanya.

Satu jihad

Noh menyifatkan tindakan tegas diambil pihak berkuasa terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu jihad kerana bertujuan mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang merosakkan.

“Saya menyokong 100 peratus tindakan tegas diambil pihak berkuasa ke atas pengganas kerana kita sudah memberi mereka tempoh yang cukup untuk melakukan sebarang perundingan secara damai,” katanya.

Pengurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Samsudin Munir, pula menganggap pasukan keselamatan yang bertungkus lumus mempertahankan negara ketika ini sama seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika baginda mempertahankan Kota Madinah.

Anggota keselamatan yang terkorban tergolong syahid akhirat, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan syahid akhirat, Syahid akhirat bagi mereka yang mempertahankan Negara
Kata Achie : ALfatihah buat anggota keselamatan kita yang telah terkorban..

About Achie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast
You might also likeclose