Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Informasi >> 6 Tempat Perkahwinan Yang Romantik Buat Pengantin Baru
6 Tempat Perkahwinan Yang Romantik Buat Pengantin Baru

6 Tempat Perkahwinan Yang Romantik Buat Pengantin Baru

6 Tempat Perkahwinan Yang Romantik Buat Pengantin Baru

Sudah pasti bagi pengantin baru ,adalah menjadi kewajipan mereka pergi ke tempat-tempat menarik diserata dunia ini untuk menghidupkan suasana romantik dengan pasangan mereka. ada yang sanggup membelanjakan wang ringgit yang sungguh tinggi untuk mengecapi suasana romantik ini .namun adalah perlu diingatkan kepada pasangan yang baru saja berkahwin ,ada beberapa tempat yang boleh dilawati tanpa perlu membelanjakan wang ringgit yang banyak .nak tahu?teruskan pembacaan anda

6 Tempat Perkahwinan Yang Romantik Buat Pengantin Baru

Setiap pasangan pengantin baru pasti inginkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan mampu menjadi memori terindah yang terpahat dalam lakaran sejarah hidup mereka. Terdapat pelbagai tema dan lokasi perkahwinan yang boleh anda pilih.

Aspek lokasi majlis perkahwinan yang ingin anda adakan turut menjadi aspek penting. Apa kata anda cuba idea baru yang jarang-jarang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Cari lokasi-lokasi menarik selain daripada rumah anda sendiri untuk anda adakan majlis Walimatul ‘Urus tersebut.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan bersama anda 6 idea lokasi perkahwinan yang lain daripada yang lain. Lokasi-lokasi berikut boleh menjadikan pengalaman perkahwinan anda sebuah pengalaman yang lebih romantik. Tak salah mencuba ;-)

  1. Tepi pantai. Pilih tempat-tempat peranginan tepi pantai yang terkenal di negara kita untuk anda adakan majlis perkahwinan. Memang hebat perkahwinan anda yang disaksikan oleh hamparan lautan luas sambil ditemani deruan angin laut dan ombak.
  2. Taman rama-rama atau taman bunga. Di sini juga tidak kurang menariknya. Anda boleh kenakan perkahwinan bertemakan taman atau Inggeris. Suasana perkahwinan anda akan menjadi lebih tenang sambil ditemani bunyi kicauan burung serta keindahan bunga yang berwarna-warni.
  3. Di tepi sawah padi. Bagi pasangan yang tinggal kampung di kawasan Utara Tanahair, pasti ini bukanlah menjadi pilihan utama. Tapi, jika anda memang inginkan kelainan, apa salah mencuba.
  4. Kawasan ari terjun. Kawasan ini merupakan diantara kawasan lokasi perkahwinan yang terindah. Pastikan terdapat kemudahan asas seperti tandas, surau dan pondok berehat berdekatan lokasi perkahwinan anda itu bagi memudahkan tetamu jemputan majlis resepsi anda.
  5. Atas bumbung bangunan tinggi. Anda juga boleh jadikan ini sebagai lokasi perkahwinan anda. Cuma sebelum majlis anda berlangsung, aspek keselematan haruslah dititik beratkan. Mohon bantuan pihak pentadbir bangunan tersebut untuk berbincang lebih lanjut. Anda boleh juga mohon bantuan anggota RELA.
  6. Taman tema air. Tidak salah juga untuk anda mencuba lokasi ini. Pilih sudut dalam taman tema tersebut yang sedikit tenang jauh daripada orang ramai.

Jika anda mempunyai bajet yang cukup dan inginkan kelainan, cubalah lokasi-lokasi perkahwinan yang saya kongsikan di atas.mungkin anda dan pasangan anda akan lebih teruja yang percutiaan yang lebih bermakna ini..

 

Kata Achie : tak sabar nak menjadi seorang Ayah..lambat lagi impian ini menjadi kenyatan.

 

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast