Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Informasi >> 50 Tanda -Tanda Anda Telah Disihir Orang
50 Tanda -Tanda Anda Telah Disihir Orang

50 Tanda -Tanda Anda Telah Disihir Orang

50 Tanda -Tanda Anda Telah Disihir Orang

Anda tahu bagaimana rasanya bila anda di sihir ?tahukah anda bila anda disihir ,sudah pasti ada tanda-tanda yang anda akan alami ataupun orang sekeliling anda perasaan perubahan pada diri anda . permainan sihir ini adalah hasad dengki orang lain yang mungkin tidak gemar dengan anda ,dan merasakan perlu berbuat sesuatu agar anda dapat dihapuskan ataupun disakiti dengan bantuan jin /syaitan ,jika anda merasakan anda sudah disihir orang ,sila pergi berubat dengan pengamal perubatan islam ,jangan pula anda jumpa bomoh yang hanya membawa ke alam khurafat . sebelum itu ,mari baca 50 tanda-tanda anda telah disihir orang .

50 Tanda -Tanda Anda Telah Disihir Orang

Mungkin ramai yang kurang percaya namun dalam kehidupan tiada yang mustahil. Lazimnya, sihir ini merupakan perbuatan hasad dengki yang melibatkan bantuan jin dalam mencapai hajat yang diingini.

  • Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.
  • Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  • Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Sakit dada bila waktu asar ke atas.
  • Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
  • Bermimpi di tempat yang kotor.
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  • Bayi kerap menangis bak kena sampuk.
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadat.
  • Nyanyuk ketika usia masih muda.
  • Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.
  • Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.
  • Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.
  • Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.
  • Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
  • Darah haid turun lebih 15 hari.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Selalu melihat kelibat dirumah.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
  • Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.
  • Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.
  • Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.
  • Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.
  • Suka tengok cermin lama – lama.
  • Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal.
  •  Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
  •  Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)
  •  Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.
  • Kerap bunyi goli atau kerusi ditarik di atas siling rumah.
  • Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
  • Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri… dll) panggil tapi tengok tak ada orang.

Sekiranya, ada beberapa tanda tersebut maka hendaklah segera berubat supaya terhindar dari menjadi lebih buruk. Dapatkan nasihat ustaz dalam menangani masalah sebegini.

 

Kata Achie : Semoga kita semua dilindungi tuhan.. amin3

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast