5 Tips Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh
Tuesday , 28 March 2017
You are here: Home >> Bicara Cinta >> 5 Tips Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh
5 Tips Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

5 Tips Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

5 Tips Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Bila berjauhan bukan bermaksud itu membolehkan kita mahupun pasangan kita untuk berlaku curang atau membuat pekerjaan yang boleh meregangkan hubungan diantara suami isteri . adalah menjadi dosa besar kepada mana-mana suami dan isteri yang berlaku curang walhal pasangan mereka adalah setia .jadi kepada mereka pasangan yang dirahmati oleh Allah ,sila jangan berlaku ketidakadilan kepada pasangan anda dan baca artikel ini tentang 5 tips cara menjaga hubungan jarak jauh .

5 Tips Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia
Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya, apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin berdoa dan tabah.
#2 Berhubung Secara Kerap
Rajinkan diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS, Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium teknologi telah disediakan. Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya. Tidak ada alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada pasangan kita secara bergilir-gilir.
#3 Mengadakan Pertemuan
Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.
Jika terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi.
#4 Jujur Terhadap Pasangan
Antara kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang lain yang berlainan jantina. Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga pasangan. Boleh berperang nanti.
#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama
Jangan sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula, pasangan akan mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka, sambutlah ulang tahun bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif. Tidak perlu pergi ke tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan berikan hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya.
Kata Achie : Semoga kita diberi kebahagian yang berpanjangan ya..

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast