Thursday , 29 June 2017
You are here: Home >> Bicara Cinta >> 5 Sikap Isteri Yang Dibenci Oleh Suami
5 Sikap Isteri Yang Dibenci Oleh Suami

5 Sikap Isteri Yang Dibenci Oleh Suami

5 Sikap Isteri Yang Dibenci Oleh Suami

Tahukah isteri diluar sana , ada 5 sikap anda yang dibenci oleh suami . ketahuilah bahawa anda sebenarnya perlu menjaga air muka dan berbincang dengan suami anda acapkali agar tidak timbul sebarang salah faham ataupun pergaduhan . sayangkan walaupun baru mula berkahwin namun sudah ada banyak salah faham yang membuatkan anda rasa tidak selesa bila berada bersama suami .jadi kepada semua isteri diluar sana,sila baca artikel tentang 5 sikap isteri yang dibenci oleh suami.

5 Sikap Isteri Yang Dibenci Oleh Suami

1. Berbelanja lebih dari kemampuan

Orang tua pernah berpesan, hidup biarlah bersederhana dan mengikut kemampuan pasangan. Bagaimana caranya? Berhemah bila berbelanja, berjimat cermat dan mensyukuri apa yang dimiliki.
Sentiasa merungut tentang kekurangan dan ketidak mampuan suami terutama dari segi kewangan sebenarnya bukanlah cara yang bijak. Malahan ini bakal menyebabkan suami rasa tertekan dan menggambarkan seolah-olah dia gagal menjadi ketua keluarga yang baik.
Ye, mungkin suami anda tak mampu belikan beg Gucci atau Prada, tapi jika anda mampu menahan diri dari boros berbelanja ia sebenarnya pasti membuatkan suami terharu dan rasa dihormati sebagai ketua keluarga.

2. Sentiasa berfikiran negatif

Benci dengan rambut serabai, rumah bersepah, tak bertegur sapa dengan jiran sebelah, rakan sekerja yang bengap, pinggan mangkuk kotor penuh dalam sinki, baju yang menimbun untuk dilipat dan segala masalah yang berlegar dalam diari hidup anda.
Sebaik saja suami melangkah keluar untuk bekerja, anda terus mencari sebab untuk serabutkan kepala dan merungut sendirian dengan semua perkara yang perlu anda hadapi seorang diri sepanjang hari.

Bolehkah anda bayangkan perasaan bengang sepanjang hari ini? Negatif di mana-mana. Merungut di setiap ketika. Tidak salah jika sesekali anda merungut dan meluahkan apa yang terbuku di hati kepada suami, tapi usah jadikan merungut dan membebel itu satu tabiat.
Lelaki tidak gemar dileteri. Mereka lebih gemar selesaikan masalah satu persatu. Tetapi jika mereka perlu menahan telinga mendengar rungutan isteri sepanjang waktu berada di rumah, ia boleh menyebabkan mereka sukar membantu menyelesaikan masalah anda.
Seorang suami yang baik dan mencintai isterinya pasti mahu membahagiakan pasangannya. Kegagalan membahagiakan isteri pasti membuat seorang suami itu berasa tidak bahagia.

3. Mengutamakan perkara lain lebih dari suami

Bila anak-anak, ibu bapa, BFF, kerjaya dan impian anda menjadi keutamaan berbanding suami, isteri sebenarnya telah memberi isyarat bahawa suami tidak penting. Bayangkan jika suami memberi isyarat yang sama kepada anda sebagai seorang isteri sejak dari awal berkahwin hingga kini, keyakinan diri anda sebagai seorang isteri juga pasti jatuh merudum.
Dahulukan suami. Inilah sebenarnya kunci kepada sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir usia.

Antara punca ramai pasangan suami isteri masa kini yang bercerai adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain. Jika isteri memilih untuk mengutamakan suami, pastinya akan ada titik kebahagiaan di sini.

4. Kurang sentuhan dan belaian

Lelaki gemar di sentuh dan dibelai. Jika ajakan untuk hubungan intim sering di tolak, ia sebenarnya melukakan hati mereka. Malahan dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya.
Selain dari itu, hubungan intim tidak sewajarnya dijadikan alat untuk mengongkong suami. Sebaliknya ia boleh dijadikan senjata untuk para isteri lebih dekat dengan suami.
Rasa diperlukan, disayangi dan dihargai oleh insan yang dicintai, suami yang romantis yang ingin berkongsi detik intimasi, sesuatu yang sangat peribadi dan penting hanya dengan anda, pastinya menusuk jauh ke dasar hati.
Walaupun ada kala penat dengan tugas harian dan bebanan kerja, hubungan intim sebenarnya mampu memberi kelegaan mental.

5. Tidak berterus terang

Wanita gemar memberi ‘hint’, bercakap dengan maksud tersirat yang sukar ditafsirkan oleh lelaki.
Usah buang masa anda dengan memberikan bahasa isyarat yang langsung suami tak faham. Berterus terang saja dan katakan apa yang anda mahu – straigt to the point. Jika di tanya apa yang tak kena? Usah sesekali menjawab “tak de apa-apa” dan kemudian mengharapkan suami anda dapat meneka kenapa anda merajuk. Memang dia akan ‘fail’. Berterus terang saja.
Inilah antara 5 punca yang boleh membunuh perasaan sayang suami anda dan menyebabkan rumah tangga goyah.

Adakah anda setuju? Kami mahu dengar pandangan anda.Sila tinggalkan komen anda dibawah.. terima kasih

 

Kata Achie : Peringatan buat isteri diluar sana kalau tak nak ditinggalkan semua

About Achie

Nama Pena saya adalah Woofer Storm , Namun secara ringkas boleh panggil Achie . Saya adalah seorang Medical Team , Saya adalah seorang Photographer dan juga seorang yang minat dengan blogging .. Sebarang pertanyaan /perkongsian,boleh email di wooferstorm@gmail.com

4 comments

  1. tak setuju.. sebab.. dalam islam kerja rumah sbenarnya suami yg buat.. isteri mnolong je, sebab isteri diberikan rasa kasih syg barulah sampai sekarang isteri yg buat semua kerja tu.. satu lagi, suami kena sabar karenah isteri.. semua isteri akan membebel jika dia kena buat semua kerja tnpa bantuan suami. suami kena faham perasaan isteri :)

    • boleh anda katakan bab mana yang anda tidak setuju ?sy tidak katakan dalam 5 sikap utama sy ,sang isteri kena masak ,duduk didapur saja .baca point utama sy ?ok ,sy akan ulang sekali lagi..

      1. Berbelanja lebih dari kemampuan
      2. Sentiasa berfikiran negatif
      3. Mengutamakan perkara lain lebih dari suami
      4. Kurang sentuhan dan belaian
      5. Tidak berterus terang

      ada sy pointkan yg utama istri kena suruh masak ? memang dalam islam kerja rumah istri tak wajib nak buat .isteri boleh membantu .tapi adakah point anda,anda sebagai seorang prempuan hanya cuma nak goyang kaki saja dirumah tanpa berbuat apa2.. sang suami penat balik dari kerja,kena marah dgn majikan,menempuh jem yg teruk .smpi dkt rumah suami kena buat kerja rumah lagi,kena masak itu ini .. jadi fungsi anda sbgi apa sebagai seorang isteri ?boleh anda bantu saya? tolong cari fungsi dan peranan isteri dalam islam ? baru kalau nak berbahas dgn sy semula,insyallah sy akan berbahas dngn sebaik mungkin..

      • saya tak kata semua tu saya tak setuju. some part of it saja.. saya pun belajar bab munakahat, mungkin penulis salah faham apa yg ingin dsampaikan oleh saya, apa yg saya katakan ialah pendapat saya dan apa yg saya pelajari.. saya tak nak bebahas saya hanya mngeluarkn apa yg saya tahu ^^

        • kamu belajar bab munakahat ,tapi boleh saya tahu kamu faham apa yang kamu belajar ?saya tidak katakan salah apa yang kamu katakan ,namun saya kurang setuju dengan cara penyampaian kamu .. mungkin kamu boleh menanya pada yang lebih arif lagi pasal benda ni..kalau kamu ingin berbahas,sila bagi masa yang tepat ,agar saya mampu memberi ruang kepada anda untuk berbahas. tiada masalah berbahas,berbahas bukan bermaksud untuk bergaduh,ataupun mencari siapa yang betul tapi bertujuan untuk menambak ilmu pengetahuan .. sebrang pertanyaan lebih ,sila direct mesej admin @ wooferstorm [at]gmail.com

Leave a Reply to Achie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Murad Reviews
Exposed Skin Care Reviews
Proactive Reviews
How To Get Rid Of Acne Fast
How To Get Rid Of Blackheads Fast